Selamat Datang. Jemput Baca Ya. Tolong Tinggalkan Jejak Anda. Jangan Lupa Singgah Lagi Tau.!

Sunday, 3 February 2013

Jodoh itu rahsia Allah s.w.t~


Sejak kebelakangan ini, soal jodoh sering saja menerjah ke cuping ke telinga ini. Bukan sahaja dari kawan-kawan, bahkan dari para pengajar. Terciptanya hawa dari tulang rusuk kiri adam. Dia kata, jika kita bertemu dengan tulang rusuk yang sepadan dengan kita, kita akan rasa satu perasaan yang tak dapat digambarkan. Means, kita akan rasa “dialah” tulang rusuk yang kita cari itu. Betulkah.?

Cari pasangan –Rabbani
Cari cari carilah pasangan hidup betul-betul oh kawan,
Bahagia berseri,
Rumah tangga akan harmoni.
Jangan mudah percaya harta pangkat dan rupa,
Indahnya dimata, ber’Awas’lah.!
Rasul sudah bersabda, insan punya agama,
 Akhlaknya mulia,
Fahamilah.~

#Ya Allah, jika dia benar untukku, dekatkanlah hatinya dengan hatiku. Jika dia bukan milikku, damaikanlah hatiku dengan ketentuanMU.~



Saturday, 26 January 2013

Jom berlawan.~

Pertandingan Badminton Kolej Kejururawatan Melaka

Tarikh : 26 Januari 2013.
Tempat : SJK (C) Men Hua, Melaka.
Masa : 11 a.m.-3 p.m.



Warming Up.~

Kak Tiem sebagai ketua yang memimpin kami.~ :)
Sebelum Pertandingan Bermula.~

Kami wakil dari Semester 4.~ :)
Sesudah Pertandingan.~

Bergambar bersama Semester 5.~ :)

Bersama pengajar dan wakil-wakil dari semester 5.~ :)

Moral of the story :
1.       Kekalahan tidak akan mematahkan semangat kita, tapi meningkatkan keyakinan kita untuk terus berjuang.
2.       Pupuk kepercayaan pada diri sendiri. Jika kau yakin kau boleh, kau pasti boleh melakukan.
3.       Mencurahkan semangat juang yang tinggi untuk menggapai kemenangan walaupun kemenangan tidak berpihak pada kita.
#Saya dah. Anda bagaimana.? SA~




Cubaan.!

Permulaan tahun baru yang penuh cubaan. Lepas satu hal, satu hal plak yang berlaku. Kalau makan ulam raja ok lagi kot, tapi kena makan hati. Terbelah dua la hati tu kan. Aku rasa kosong jer. Kosong -Najwa Latif. Kenapa la aku boleh jadi camnie.? Dia kata aku tak pandai tangani stress. Ok, fine.! Aku tahu tu. Aku tahu semua orang tak "perfect', termasuk aku jugaks.

Aku ingin belajar hidup sendiri. Sendiri menyepi -Edcoustic. Tapi dia kata, Allah s.w.t sentiasa bersama kita. Ya Allah, kuatkanlah semangatku untuk menempuh cabaran dan dugaan yang aku akan hadapi. Permudahkanlah segala urusanku yang Allah.~

Sendiri Menyepi~

Sendiri menyepi,
Tenggelam dalam renungan,
Ada apa aku seakan jauh dari ketenangan,
Perlahan kucari, mengapa diriku hampa,
Mungkin ada salah, mungkin aku tersesat,
Mungkin dan mungkin lagi.

Oh Tuhan, aku merasa,
Sendiri menyepi,
Ingin ku menangis, menyesali diri, mengapa terjadi,
Sampai bila ku begini,
Resah tak bertepi.

Kembalikan aku pada cahayaMu,
yang sempat menyala.

Oh Tuhan, aku merasa sendiri.
aku merasa sendiri,
Sampai bila harus begini,
Resah tak bertepi,
Ku ingin cahayaMu,
Menerangi hidupku.

#Persahabatan ibarat untaian tasbih. Ada awalnya tetapi tiada pengakhirannya. Sayang Awak (SA).~ 

Wednesday, 19 December 2012

Sweet sour betul lah.!

Bungkusan coklat tak dibuka. Perfume langsung tak diguna. Malah, semua nyer telah dipulangkan semula pada tuan nyer setelah berbulan-bulan dihadiahkan kepada seseorang. Apa perasaan anda pada saat itu.? Marah.? Sedih.? kecewa.? Bagi saya, mesti la saya rasa macam tu kot. Yela, kita bagi sebagai hadiah tu. Sekurang-kurang nyer, awak hargailah.

Kalau awak taknak pon, saya rasa lebih baek awak buang jer hadiah tu. Sebab sekurang-kurang nyer, orang yang bagi hadiah kat awak tu takkan rasa sedih dan kecewa. Tapi awak.? Setelah sekian lama, awak bole pulangkan kembali hadiah tu. Nampak sangat kan. Sehinggakan awak tak pernah nak buka pon pembalut hadiah tu.

Bagi saya, awak tak menghargai pemberian ikhlas dari orang. Sorry la sebab saya judge awak macam nie. Sepatut nyer saya takkan kata macam nie kan.? Saya pon bukan nyer tahu tentang keadaan sebenar. Mana la tahu, dari sudut hati awak yang paling dalam tu, mybe awak nak simpan hadiah tu untuk kenang-kenangan sehinggakan awak tak sampai hati nak buka pembalut nyer. Hehe. Tapi tapi tapi, nasib baek la tomyam tu awak dah makan. Tak simpan plak yer.? Kalau la awak pulangkan jugaks. Aish, tak tahu la apa nak kata. Pening pening pening.

#Sob sob sob. Sedih nyer. Saya plak yang feeling lebih nie. Ok, sayang awak (SA). Kbai.~

Diam itu lebih baik.~

Awak serba boleh kan.? Memasak.? Terer sekali.! Kalah saya kot. Pelajaran.? Hebat.! Oh, no. Kalah lagi. Photography.? I like your pictures. Nice. Ehs, rupanya awak kaki blogger jugak la. Ok, I follow you. Cerita awak, best.! Kalau nak jadi iman.? Mesti la boleh. Awak kan berpelajaran tinggi. Bab ilmu agama tentu terer kan. I wish you will happy always with her.

Ehs, jangan salah faham yer. Saya bukan menaruh perasaan terhadap awak. Saya cuma kagum dengan awak jer. Peace. Apa.? Kenapa saya selalu "like" status awak.? Ehs, awak perasan ke.? Laa, awak nak tahu sebab nyer.? Sebab status awak selalu muncul kat wall saya. So, saya like la. Saya kan kaki mengelike.! Hehe.

Awak.! Walau dimana pon awak berada, saya harap awak happy sopmo dehs. Saya tak famous, tak la pandai macam awak, ayat bukan nyer gempak pon dan awak mungkin tak kenal saya walaupun kita pernah bersekolah sekali dan selalu terserempak kat pasar malam suatu ketika dahulu. Haha. Tapi, In Shaa Allah, saya tetap akan jadi kawan awak till "Jannah". Kita kawan yer awak.! Amin. (Walaupun kita hanya berkawan di alam siber, but I'm happy).

#Ok, sayang awak (SA). Trademark baru.! Peace. Kbai.~

Thursday, 18 October 2012

Kebaikan Susu Ibu.~


Assalamualaikum kepada bakal-bakal ibu mahupun kepada yang telah menjadi ibu. Tahniah saya ucapkan kerana anak itu rezeki dari Allah s.w.t, semoga berbahagia selalu. Saya Jururawat Pelatih Farhana. Hari ini saya akan memberitahu serba sedikit tentang kebaikan susu ibu kepada bayi dan juga kepada ibu.

Sebelum itu, eloklah rasanya kita mengetahui tentang “Polisi Kebangsaan Penyusuan Susu Ibu”.

Polisi Kebangsaan Penyusuan Susu Ibu :
~ Semua ibu digalakkan menyusukan anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir hingga umur 6 tahun dan meneruskan sehingga  2 tahun (atau lebih). Makanan pelengkap atau tambahan perlu dimulakan pada umur 6 tahun.

Ok, sekarang saya akan bagitau tentang “Kebaikan Susu Ibu Kepada Bayi”. Then, “Kebaikan Susu Ibu Kepada Ibu”.

Kebaikan Susu Ibu Kepada Bayi :
1.       Mempunyai antibody.
2.       Mempunyai komposisi nutrien yang lengkap dan sesuai untuk bayi.
3.       IQ tinggi.
4.       Mengurangkan risiko alahan kepada bayi.
5.       Mengurangkan risiko penyakit kencing manis, cirit-birit, pneumonia dan jangkitan telinga.
6.       Menggalakkan tumbesaran.
7.       Mudah dihadam.

Kebaikan Susu Ibu Kepada Ibu :
1.       Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak.
2.       Mengecutkan rahim dan mengurangkan pendarahan.
3.       Mengurangkan risiko barah payudara dan ovary.
4.       Menjimatkan masa dan wang.
5.       Mengembalikan bentuk badan kepada bentuk yang asal kerana lemak digunakan semasa penyusuan.
6.       Mudah kerana tidak memerlukan persediaan.
7.       Penyusuan ibu sepenuh masa dapat menjarakkan kelahiran secara Lactation Amenorrhea Method (LAM).
·         Susu ibu secara ekslusif -6 bulan
·         Tiada haid -6 bulan
·         Berkesan -6 bulan

Sekian untuk hari ini, Terima Kasih. J
# Ilmu yang ingin dikongsi bersama. (Ayat skema molek). Haha. J


Tuesday, 4 September 2012

Raya Tak Raya.!

Bulan Ramadhan dah lama berlalu. Bulan Syawal pulak makin bertambah hari, makin dye meninggalkan kita. Sebenarnya kite tak tahu nak tulis tentang apa nie. Urm, disebabkan kebosanan kite buka la blog nie. Teringat la plak kat blog kite nie. Lagipun dah lama kite tak tulis sesuatu kat sini. Ingat nak update sesuatu tapi tak ada idea plak. Bila time bulan puasa, busy nak beli makanan kat bazar, sibuk nak buka puasa la tapi terawih pergi ke tak nie.? Hehe. Bile time raya, sibuk plak nak pergi beli baju raya. Tak ada baju tak boleh raya lak eks. Busy buat biskut raya, busy layan tetamu yang datang rumah la, busy nak pergi "Open House" lagi. Buat ke biskut tu @ kuih tunjuk jer nie.? Makanan pasti banyak. Makan la apa yang terhidang kat atas meja tu eks. Orang kate, time nie la nak tambah berat kan.? Ok, jemput la makan yang mana ada tu yer.

Bulan Ramadhan dah lepas, Bulan Syawal dah nak lari jauh. Kerja masih banyak. Dah puas cuti raya selama 2 minggu kat umah, sekarang kena teruskan lain plak. (Trustly, cuti tak cukup). Hehe. Kerja tetap kerja. Tak boleh nak larikan diri. Hari kedua kerja kat ward 3.2 (Medical Lelaki). Alhamdulillah, setakat nie semua ok. Insya Allah, untuk hari-hari seterusnya, semuanya akan kekal ok. Tekad untuk kerja dengan ikhlas. Kalau boleh tak nak la merungut. Insya Allah. Yang pasti kena buat kerja dengan "Ikhlas". Penting tu.! Puan pun ada kata, "Kalau awak buat kerja dengan ikhlas, Allah s.w.t akan permudahkan urusan kerja awak. Insya Allah". Untuk Umie & Ayah, terima kasih tak terhingga sebab selalu mendoakan yang terbaik untuk anakmu ini. Thanks jugak untuk awak yang selalu pesan kat saya, "Buat kerja molek-molek, mulakan dengan Bismillah". Insya Allah, saya akan selalu ingat tu.

Nak wish sikit nie. Walaupun hari nie dah hari ke berapa Syawal, rasanya tak terlambat lagi kot nak wish  "Selamat Hari Raya Aidilfitri". (Hari nie hari ke berapa Syawal eks.?). Lupa plak. Hehe. Maaf yer kalau ada salah dan silap sepanjang perkenalan kita. Kira 0-0 ok.
*Kosong Kosong Kosong -Najwa Latif

Hari raya kedua bersama sepupu (baju merah) & adik tersayang  (baju putih).!