Selamat Datang. Jemput Baca Ya. Tolong Tinggalkan Jejak Anda. Jangan Lupa Singgah Lagi Tau.!

Tuesday, 31 July 2012

Cinta.~


Cinta itu kan jadi kekuatan,
Jika disandarkan pada Allah,
Cinta itu kan jadi muhibbah,
Jika disalurkan pada jalan yang benar,
Cinta itu kan jadi riang.

Usah gusar jika belum berpunya,
Usah risau jika belum dipetik sesiapa,
Usah malu jika tiada lelaki yang bertakhta. 

Yakinlah dengan qada' & qadar Allah,
Bila mana keluarnya kita dari rahim sang ibu,
Tercatat sudah di luh mahfuz,
Siapa jodoh kita,
Bila akhir hayat hidup kita,
Di mana nafas terakhir kita. 

Yakinlah,
Allah lah sebaik-baik pengatur hidup,
Berdoalah tiap kali lepas solat,
Wa la takilna ila anfusina torfata 'ain.
Ya Allah, jangan kau biarkan masa depan kami ditentukan oleh diri kami sendiri,
Walaupun cuma sekelip mata. 

"Serahkan hatimu pada Allah, pasti DIA temukan dengan pemilik terbaik"

#Mencari C.I.N.T.A sejati, biar sampai syurga.~

Monday, 30 July 2012

Jagalah hati.~


Ilmu tambahan untuk hari ini.
Best dapat berkumpul, then dapat bercerita.
Masing-masing saling kongsi cerita.
Tentang CINTA.?
Ehs, jangan fikir yang bukan-bukan.
Bukan tentang itu, tapi tentang “Bercerita sambil memberi nasihat”.
“Bercinta selepas kahwin, Pasti bahagia kan.?“                    
Couple.? Ikut fahaman masing-masing.
Tak semestinya orang yang kita couple tu akan jadi suami kita kan.?
Rasa rugi tak bila kita couple dengan orang lain, tapi kahwin dengan orang lain.?
Zina hati.? Selalu berlalu kan.?
Bila lelaki kata kat seorang perempuan, “Ehs, awak cantik la.”
Perempuan plak, mesti tersipu malu or jawab, “Mana ada.”
Kalau boleh, jagalah hati kita.
Pandai-pandai lah kita atasinya.
Jika nak rasa kemanisan dikemudian hari, jadi sabarlah menunggu.
Sabar itu indah kan.?

"Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)."
(Surah an-Nur, ayat 26)

Walau bukan di dunia yang fana ini, Insya Allah, dengan berkat kesabaran, pasti di syurga nanti bersatu juga. Andai sudah ditakdirkan jodoh dengan dia, tiada apa yang dapat mengubahnya kerana Allah Maha Berkuasa. Hanya dengan sedikit kesabaran dan doa yang tidak putus, Allah pasti membalasnya dengan kebahagiaan yang lebih bermakna.

( Nasihat yang amat bermakna buatku, Terima Kasih ) J
#Apa yang baik, datang dariNYA. Segala kelemahan datang dari diri aku sendiri. Aku hambaMU yang lemah.~

Wednesday, 11 July 2012

Sahabat.~


Sahabat. 
Sahabat yang baik adalah sahabat yang berani membetulkan kita ketika kita berbuat kesalahan sehingga kita tidak hanyut di dalam kesalahan dan dosa. 
Sahabat sejati akan meluruskan jalan ketika kita kehilangan arah dan tidak akan meninggalkan kita dalam suka, apalagi dalam duka. 
Maaf, mungkin selama ini aku bukanlah kawan yang baik. 
Maaf, mungkin selama ini aku sering melalaikanmu. 
Maaf, mugkin selama ini aku membuatmu rasa sedih dan tersisih. 
Maaf, mungkin selama ini ada bicaraku yang pedih. 
Maaf, mungkin selama ini aku tidak memahamimu. 
Maaf, aku hanya hamba yang biasa. 
Moga Allah s.w.t selalu menyayangimu. 
Kerana siapa pun kamu, kamu tetap sahabatku.~ 





Monday, 9 July 2012

Ya, aku terasa.


Ya, aku terasa.
Terus-terang aku katakan yang aku terasa sangat.
Salah ke kalau aku berterus-terang.?
Salah ke kalau aku kata aku terasa hati dengan kau.?
Salah eks.?

Maaf.~
1.       Maafkan aku jika aku mengguris perasaan kau.
2.       Maafkan aku jika kau kecewa dengan kata-kata aku.
3.       Maafkan aku jika aku buat kau menitiskan air mata.
4.       Maafkan aku atas segala kesilapanku atau terkasar bahasaku terhadap kau.
5.       Maafkan aku. Maafkan aku dan maafkan aku. L

Marahkah kau.?
Bencikah kau.?
Tentu kau tak sangka sangat kan.?
Kau tak sangka kan aku boleh jadi macam nie.?
Orang lain tak mampu nak memahami hati dan perasaan kita.
Hanya kita jer yang tahu apa yang kita rasa.
Perasaan kita berlainan, mungkin bagi kau itu hanya ‘small matter’ jer.
Tapi bagi aku, aku terasa.

Aku.~
1.       Aku hanya manusia biasa. Ada hati dan ada perasaan.
2.       Aku hanya manusia biasa. Aku tahu, aku bukannya baik sangat pun.
3.       Aku hanya manusia biasa. Dan aku tahu, aku tak sempurna.
4.       Aku hanya manusia biasa. Aku tahu, aku banyak kekurangan dan kelemahan.
5.       Aku hanya manusia biasa. Dan aku tahu, aku bukan teman yang terbaik.

Mungkin aku tak sekepala dengan kau.
Mungkin aku bukan teman sejati yang kau cari.
Mungkin aku tak mampu nak gembirakan hati kau.
Dan mungkin aku tak pandai nak jaga hati kau.
Segala-galanya mungkin kan.?

Terima Kasih.~
1.       Terima kasih sebab selama nie kau sudi bergelak ketawa dengan aku.
2.       Terima kasih sebab kau sudi tadahkan telinga kau untuk dengar kisah hati aku.
3.       Terima kasih jugak sebab kau sudi share cerita kau dengan aku.
4.       Terima kasih sebab kau cakap benda yang baik-baik tentang aku.
5.       Terima kasih sebab selama nie kau percaya pada aku.
6.       Terima kasih sebab kau sudi tidur sekatil dan sebantal dengan aku.
7.       Terima kasih atas segala-galanya. J

Sesungguhnya, aku amat menghargainya.

Dengan tulus dan ikhlas, aku mengatakan bahawa kau teman aku sampai syurga.
With lots of love. J

#Aku rasa bersalah sangat, sebab aku yang buat jurang kita makin jauh.~ L