Selamat Datang. Jemput Baca Ya. Tolong Tinggalkan Jejak Anda. Jangan Lupa Singgah Lagi Tau.!

Sunday, 17 March 2013

Untuk “bakal suami” saya.~


CINTA,
Bila disebut.
Kita suka membayangkan asmara…

ASYIK,
Hingga Tuhan dilupakannya…

TETAPI SAYA,
Bukan begitu kepada awak.
CINTA adalah tanggungjawab.
Untuk membina keluarga yang bermakna buat agamaNYA.
Kerana itu saya berharap kita persiapkan diri.

Kita nanti akan ada anak-anak.
Mungkin lelaki.
Mungkin perempuan.
Atau, mungkin kedua-duanya.

Kita akan sama-sama membesarkan mereka.
Melihat wajah cute mereka.
Melihat telatah mereka.
Kita akan berusaha mendidik mereka dengan Islam.
Kenalkan mereka dengan Islam.
Melalui akhlak dan bicara kita.

Kitalah yang bertanggungjawab mencorakkan Islam,
Pada diri mereka.
Mereka akan punya perangai masing-masing.
Nakal mungkin, Lurus pun mungkin.
Mungkin mereka akan banyak songeh.
Mengada-ngada.
Hingga kita mungkin akan rasa payah dengan mereka.
Ada masa mereka akan merajuk dan memarahi kita.

Tetapi, ketika itu.
Awak akan ingatkan saya,
Dan saya akan ingatkan awak,
Agar kita bersabar & terus mendidik mereka.
Biar nanti kita dapat melihat senyuman mereka.
Merasa bertuah dibesarkan oleh kita.
Mereka akan jadi anak yang soleh dan bahagia,
Kerana mendapat didikan syurga.
Hingga mereka akan membesar menjadi anak yang bersemangat mencapai matlamatnya.
Menjadi hamba Allah yang besar dan hebat.!

Hingga kita tersenyum gembira.
Berpuas hati membesarkan mereka.
Kita akan ketawa bersama mereka,
Bergembira bersama mereka.

Kita akan fikir cara-cara yang kreatif untuk mendidik mereka.
Kita akan saling kasih mengasihi,
Dan semua ini dibina atas keimanan kepada Ilahi.
Hari-hari itu akan datang wahai isteriku wahai suamiku.
Justeru bagaimanakah persiapan kita hari ini.?
Mustahil diterjah rumahtangga ini tanpa persediaan.

Maka saya ajak awak,
Mari sama-sama kita bersedia.
Saya disini menanti awak sambil bersedia juga.

Inilah dia harapan.
Dan inilah dia CINTA HATI ini,
Buat awak, wahai bakal isteri BAKAL SUAMI.

#Credit to : HilalAsyraf ( copy & paste ).






Saturday, 16 March 2013

Pengurusan Kewangan.~


Sebenarnya benda nie dah lama. Dari seorang pengajar untuk anak muridnya dan untuk dikongsi oleh semua. Sama-samalah kita manfaatkannya.

Bagi yang dah bekerja atau yang bakal bekerja. Jom kita kongsi bersama. Pembelajaran hari ini mengenai “Pengurusan Kewangan”. Sama-samalah kita belajar macam mana nak uruskan kewangan dengan cara yang betul. Ikut nie :

1.       FFA (Financial Freedom Account)
-          10% dari jumlah gaji sebagai “Fix Deposit”.
2.       LTSS (Long Term Saving for Spending)
-          10% untuk beli rumah, kereta.
3.       NEC (Necessity, tabung keperluan)
-          55% boleh > bajet komitmen seperti bil dan lain-lain.
-          Termasuk jumlah gaji yang ditolak.
4.       EDU (Education)
-          10% untuk education (boleh sambung belajar yer walaupun dah bekerja).
5.       Play
-          10% untuk di HABISKAN SETIAP BULAN.
6.       Charity
-          5% sedekah, derma, pemberian dan lain-lain.

Jika diringkaskan :
1.       FFA = 10%
2.       LTSS = 10%
3.       NEC = 55%
4.       EDU = 10%
5.       PLAY = 10%
6.       CHARITY = 5%

Jika gaji anda RM800. Maknanya, bajet bulanan ialah :
1.       FFA = RM80
2.       LTSS = RM80
3.       NEC = RM440
4.       EDU = RM80
5.       PLAY = RM80
6.       CHARITY = RM40

Ilmu yang berguna untuk kita kongsi bersama. Sharing is Caring. Selamat beramal dan renung-renungkan. Sekian.~
#Credit to: PuanAsmah.



Sunday, 10 March 2013

Jika Aku Jatuh Cinta.~


Ya Allah,
Jika aku Jatuh Cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMU,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMU.

Ya Muhaimin,
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya bertaut padaMU,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.

Ya Rabbana,
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling daripada hatiMU.

Ya Rabbul Izzati,
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMU.

Ya Allah,
Jika aku menikmati cinta kekasihMU,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.

Ya Allah,
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMU.

Ya Allah,
Jika kau halalkan aku merindui kekasihMU,
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.

#Bait-bait perkataan yang sungguh indah. Ya Allah, aku memohon kepadaMu.
Terima Kasih. Credit to : The Owner. ~