Selamat Datang. Jemput Baca Ya. Tolong Tinggalkan Jejak Anda. Jangan Lupa Singgah Lagi Tau.!

Saturday, 24 March 2012

Bukit Kluang.!


Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum. Nak kongsi pengalaman yang “agak” menarik kot, tapi tak tau la lau anda tak tertarik pulak. Jadi, saya tak boleh nak kata apa-apa la. Kenangan tahun lepas, “Jom makan angin kat Bukit Kluang, Jerteh, Terengganu’. 


First makan angin kat sini masa waktu sekolah lagi, iaitu masa Form 2 tahun 2oo6 ( Mengikuti Perkhemahan Tahunan Peringkat Sekolah~ ). Tempat menarik, pemandangan cantik, pasir memutih, laut membiru, dan pohon menghijau. Best kan. Pengalaman paling best masa “ Jungle trekking"~ ). Nak tahu kenapa.? Sebab bila berada  kat atas puncak tu, kita boleh tengok keseluruhan pemandangan kat sini. Masya Allah, cantik sangat. Jom tengok gambar kat bawah. 


Suka sangat pemandangan kat sini.!



Boleh naik " jejantas " nie untuk menikmati pemandangan di sekitar nyer.!

Langit yang terbentang luas.!

Agak-agak siapakah orang tu.? Huhuhu


Nun jauh di atas bukit sana.!



Gambar diambil pada Hari Raya last year. Sumber gambar dari Kak Liza dan Hafiz. Thanks a lot yea.









Thursday, 22 March 2012

Cont : Dahulu Vs Sekarang.!

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum. Detik ini nak sambung cerita tentang "Dahulu" Vs "Sekarang". Tak sempat lar nak berceloteh lama-lama kat sini cam hari-hari biasa. Masa sangat mencemburui kita sekarang nie. Banyak benda lagi yang tergendala ( tak buat-buat sampai sekarang ). "Sekarang", tengok jer gambar nie. Kenangan di Tahun 1 Semester 1. 


Kenal kah anda akan tempat nie.? Di pintu masuk, silakan.



Group Koir Tahun 1 Semester 1. Merdu sungguh nyanyian dari group nie, terpaku para pengajar mendengarnya. 


Jogging bersama YAB Ketua Menteri Melaka di Dataran Pahlawan, Melaka.


Sedang menunggu bas untuk keluar outing  setiap kali tiba nya hujung minggu. Kadang-kadang rasa cam nak pergi kenduri kahwin plak.


Dah tahu kan saya berada kat mana sekarang.? Ok, nie jer yang dapat share buat masa nie. Jangan lupa singgah lagi tau. Thanks for the reading. 


Tuesday, 20 March 2012

Dahulu Vs Sekarang.!


Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum buat teman-teman dan pembaca-pembaca sekalian. Hari nie terdetik pulak hati saya nak kongsi cerita tentang tempat yang pernah saya belajar “dulu” dan tempat yang saya tengah/sedang belajar “sekarang”. Anda nak tahu tak tentang tempat-tempat nie.? Ok, lau nak tau, jom kita layan. J

Agak-agak kenal tak Uitm mana nie.?




Haa, tentu anda dah tengok gambar kat atas tu kan. Nie lar tempat pertama yang saya jejaki setelah mendapat keputusan SPM tahun 2009. Dengan result SPM yang tak seberapa “flying colours” tu, syukur Alhamdulillah, dapat jugak saya menjejakkan kaki di IPTA nie dalam bidang “Bussiness Study”. Apa yang bestnya tentang tempat nie.? First, sebab senang nak balik rumah setiap kali ada cuti. Contohnya, tiap-tiap hujung minggu, ayah mesti datang ambil saya kat sini. ( tu tak bermakna saya nie anak yang manja yea.! ). Etiologi yang menyebabkan ayah saya selalu datang ambil saya, nak tahu kenapa.? Ini kerana kedudukan rumah saya dan tempat nie dekat jer. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit jer. Dah tau kenapa kan.? Hah, bagus lar. J

Cam mana jadual belajar kat sini eks.? Kelas ok jer, jadual pun kira ok lar. Yang bestnya jadual kat sini tak padat. Dalam 1 hari, paling banyak belajar pun dalam 3-4 subjek jer. Kira lar berapa jam, sebab 1 subjek bersamaan 2 jam. Masa selebihnya dapat lar relaks or pergi jalan-jalan cari makan. Kadang-kadang, dalam 1 hari 2 tak da kelas langsung. Hah, yang nie lagi best. J



Saya rindu awak lar, wahai ikan-ikan sekalian.!


Tempat pun cantik tau, nun di atas bukit sana. Angin yang bertiup sungguh nyaman sekali, sepoi-sepoi bahasa gitu, sehingga menggigit ke sendi-sendi. Eh, yeke.? Tak da lar, saya gurau jer. Bagi sesiapa yang minat jogging tu, anda boleh la berjoging. Bagi yang tak larat nak naik turun bukit macam saya pulak, lebih baik berjalan kaki or berbasikal jer. Bukan apa,  nanti boleh lar kita menikmati kejadian alam yang semulajadi nie kan. Eh, bercerita macam bercuti kat tempat peranginan pulak. Lau nak kongsi cerita kat sini, saya rasa tak tau bila lar habis. Penat lar anda layan saya. Jadi, untuk pendekkan pembacaan anda, jom kita tinjau-tinjau gambar yang ada. J

Time turun, laju semacam jer. Tapi bila nak panjat naik, rasa cam kura-kura pulak.





Kolej ku sayang. Di sini lar tempat untukku berteduh dari panas dan hujan. Huhuhu

Kami transparent.!



Si gadis pemalu.! Rindu kamu. <3







Awek-awek comel.! 






Dah panjang sangat saya membebel nie, nak cerita tentang tempat belajar “sekarang” pun dah tak larat. Jadi, sesiapa yang nak tahu tentang kisah yang selanjutnya, jangan lupa nantikan sambungannya yea. Thanks a lot sebab sudi baca blog nie. Tolong tinggalkan jejak anda yer. Hurm, maknanya tolong tinggalkan komen anda selepas selesai membacanya. Walaupun komen tu “ciput” jer, tu pun dah kira ok. Saya amat menghargainya. Jumpa lagi tau. Peace No War. J

P/s : Maf jika terdapat banyak kesalahan bahasa. Al-maklum lar,dah lama tinggal zaman sekolah. Cikgu R.A, maf yer. Banyak yang saya lupa tentang apa yang saya telah belajar dulu. Huhuhu J






Monday, 19 March 2012

KebesaranNYA.!


Bismilahirrahmanirrahim, assalamualaikum buat teman-teman dan pembaca-pembaca sekalian. Alhamdulillah, panjang lagi umur saya, dapat lagi la nak meneruskan aktiviti “berblogger” nie. Hari nie nak kongsi cerita mengenai apa pulak yer.? Hurm, layan jer la apa yang tertulis kat sini. Harap-harap apa yang saya tulis dalam blog nie dapat menarik minat anda untuk terus membaca blog saya pada masa akan datang yea. Jom layan.!


Indah sungguh kebesaranNYA kan.? Ombak yang menghempas pantai tanpa ada rasa penat dan lelah. Sentiasa bersama walaupun pantai dah semakin menghakis. Rapat sangat kan walaupun terik matahari dan ribut melanda. Cam perumpamaan yang kita pernah belajar masa kat sekolah dulu, “bagai isi dengan kuku”, “bagai aur dengan tebing” dan sebagainya. Tapi kenapa tak da perumpamaan macam “bagai ombak dengan pantai”.? 


Cuba tengok gambar kat atas tu sekali lagi. Dah tengok.? Terima kasih. Cantik tak.? Cantik kan. Walaupun anda kata gambar tu tak cantik, tapi bagi saya gambar tu sangat cantik. Kenapa.? Bukan cantik sebab “photographer” yang ambil, tapi sebab kejadian alam yang sememangnya cantik. Bersyukur sebab masih berpeluang untuk melihatnya. Lokasi di Pangsapuri Peringgit Indah.


Lompat si katak lompat, lompat la tinggi-tinggi. Cepat la kita cepat, cepat la kita pergi mengaji (belajar). Melompat untuk menggapai bintang (kejayaan). Bersama teman persejuangan di Pantai Pengkalan Balak. Ok, setakat nie jer la. Semoga bertemu kembali.!














Sunday, 18 March 2012

Tak ada motif.


Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum buat teman-teman dan pembaca-pembaca sekalian. Terima kasih sebab sudi singgah. Firstly, nak pesan nie. Lau boleh, jangan la kutuk karya penulisan saya yea. Samada karya penulisan saya nie skema sangat ke or tak dapat nak tarik perhatian anda semua sebab saya pun bukan nyer insan yang sempurna sangat. Saya bukan nak “kefamousan” tapi nak “kepuasan” jer dan nak mencuba untuk “berblogger”. Peace no war.!


                                                                                      
Balik dari kelas, belum buat apa-apa lagi, terus masuk bilik, buka laptop, terus online. Online.? Muka buku la.! Betul la orang kata, muka buku nie macam dadah, boleh menyebabkan orang ketagih, termasuk saya kot. Besar pengaruhnya kan.? Jadi, pandai-pandai la kita cuba atasinya. Jangan pula sampai tertinggal perkara yang wajib kita lakukan. Berubah ke arah kebaikan.






Bila nampak jer “home” yang terpapar kat skrin laptop tu, banyak pulak status mengenai ”CINTA”. Termasuk status saya ke.? Hurmm, jarang-jarang jer kot. Apa yang biasa kita tengok.? Mengenai hubungan, “ single to in relationship”, “ married to single”.? Atau ada adegan-adegan laen.? Memang la banyak, tak muat la kalau nak sebut satu-satu kat sini.



Saya tak kisah sebenarnya, sebab itu hak masing-masing kan. Saya tau, semua orang ada perasaan ingin dicintai dan ingin mencintai kan.? Tapi, agak-agak ada jugak ke orang yang tak da perasaan nie.? Ok, macam mana lau saya kata saya suka tengok anda bahagia. Terutama untuk senpai saya dan kawan-kawan tu.! Saya harap, semoga anda berbahagia di dunia dan di akhirat kelak.

Ok, tamat sudah cerita kita untuk hari nie. Cerita nie “gantung tak bertali”.? Kan saya dah kata, cerita saya nie tak ada motif. Nanti kita sambung lagi yer, tapi kena tunggu lain cerita pulak lah.