Selamat Datang. Jemput Baca Ya. Tolong Tinggalkan Jejak Anda. Jangan Lupa Singgah Lagi Tau.!

Monday, 19 March 2012

KebesaranNYA.!


Bismilahirrahmanirrahim, assalamualaikum buat teman-teman dan pembaca-pembaca sekalian. Alhamdulillah, panjang lagi umur saya, dapat lagi la nak meneruskan aktiviti “berblogger” nie. Hari nie nak kongsi cerita mengenai apa pulak yer.? Hurm, layan jer la apa yang tertulis kat sini. Harap-harap apa yang saya tulis dalam blog nie dapat menarik minat anda untuk terus membaca blog saya pada masa akan datang yea. Jom layan.!


Indah sungguh kebesaranNYA kan.? Ombak yang menghempas pantai tanpa ada rasa penat dan lelah. Sentiasa bersama walaupun pantai dah semakin menghakis. Rapat sangat kan walaupun terik matahari dan ribut melanda. Cam perumpamaan yang kita pernah belajar masa kat sekolah dulu, “bagai isi dengan kuku”, “bagai aur dengan tebing” dan sebagainya. Tapi kenapa tak da perumpamaan macam “bagai ombak dengan pantai”.? 


Cuba tengok gambar kat atas tu sekali lagi. Dah tengok.? Terima kasih. Cantik tak.? Cantik kan. Walaupun anda kata gambar tu tak cantik, tapi bagi saya gambar tu sangat cantik. Kenapa.? Bukan cantik sebab “photographer” yang ambil, tapi sebab kejadian alam yang sememangnya cantik. Bersyukur sebab masih berpeluang untuk melihatnya. Lokasi di Pangsapuri Peringgit Indah.


Lompat si katak lompat, lompat la tinggi-tinggi. Cepat la kita cepat, cepat la kita pergi mengaji (belajar). Melompat untuk menggapai bintang (kejayaan). Bersama teman persejuangan di Pantai Pengkalan Balak. Ok, setakat nie jer la. Semoga bertemu kembali.!














2 comments: