Selamat Datang. Jemput Baca Ya. Tolong Tinggalkan Jejak Anda. Jangan Lupa Singgah Lagi Tau.!

Monday, 16 April 2012

15 April 2012 @ 7.55 p.m.!



Kedengaran lagu Flying Without Wings by West Life dari handphoneku. Menandakan ada mesej yang diterima. Satu mesej diterima daripada Awal. Jarang sekali dia menghantar mesej kepadaku. Hatiku dah rasa berdebar-debar. Apa yang berlaku kali nie.? Hatiku terdetik, “Ya Allah, jauhkan aku dari berita yang menyedihkan”. Tapi apakah dayaku, aku hanya meminta tapi Allah s.w.t yang menentukan. Meseg berbunyi, “Al-fatihah. Cik dah meninggal, sama-sama lah kita sedekahkan al-fatihah untuk dia.” Tanpa ku sedari, air mataku menitis laju di pipi. Baru 2-3 hari lepas aku terima berita bahawa dia dah bertambah OK. Betulkah dia OK sebenarnya.? Setelah  2-3 minit berlalu, adikku call bagitau, “Along, Cik dah tak ada. Sabar eks.” Adakah aku still boleh sabar.? Untuk dapatkan kepastian, aku call ayah.

Along : Ayah, betul ke Cik dah tak ada.?
Ayah : Tau dari mana nie.? Siapa yang bagi tau.? Ayah dan Umie dalam perjalanan nak pergi rumah Ayah Chik nie. Tak ada apa-apa lah.
Along : Ayah nak rahsiakan dari Along eks, tak nak bagi Along sedih kan.? ( Hanya hati yang mampu berkata-kata ).
Ayah : Tak apa, nanti lau ada apa-apa, ayah bagi tau ok.
Along : Urm, ok. Lau ada apa-apa, ayah inform tau.

Aku keliru. Aku tak sabar sangat. Aku betul-betul nak kepastian. Then, call Ayah Chik. Ya, Cik dah tak ada. Pukul 7.55 p.m tadi. Kepastian sudah terserlah. Ya Allah, dia dah pergi. Pergi buat selama-lamanya. Pergi jauh dariku tanpa sempat untuk aku menatap wajahnya buat kali terakhir. Ya Allah, sesungguhnya aku amat merindui dia. Terpatri namamu dalam hatiku, aku takkan melupakanmu buat selamanya. Kenangan hanya tinggal kenangan sahaja, yang tak mungkin aku akan melupakannya. Pantas sungguh masa berlalu, meninggalkan aku tanpa sempat untuk aku bertemu denganmu. Hanya potret lama yang masih aku simpan, untuk aku bingkaikan sebagai kenangan. Hingga terkadang aku akan menangis sendirian.

Walaupun Cik dah pergi jauh dari Along, Along akan selalu merindui Cik. Along ingat lagi, time budak-budak dulu, lau Along pergi rumah Cik. Lepas mandi, Cik mesti sapu minyak kat rambut Along then sikat rambut Along kan.? Lau ada Fardhu Ain kat sekolah, time rehat Cik mesti hulur makanan kat Along melalui pagar kan.? Ya Allah, sesungguhnya aku amat merindui dia. Ya Allah, kau tempatkan lah dia dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin.







Friday, 6 April 2012

Go Go Go.!


Terus bangkit  untuk terus Berjaya.! Saya masih ingat lagi cikgu sekolah saya pernah kata, “kejayaan bukan warisan, kegagalan bukan tradisi”. Jika kita berjaya tak bermakna kita akan terus berjaya dan jika kite gagal sekali tak bermakna kita akan gagal wat selamanya kan.? Macam tupai, sepandai-pandai dia melompat akhirnya jatuh ke tanah jua kan.? ( Ehs, cam tak sesuai ler pulak peribahasa nie ngan situasi sekarang kan.? 


Cam nie ler, hidup kita nie cam roda yang tengah berputar. Kadang-kadang kita berada di atas & kadang-kadang kita berada di bawah. Agak-agak, orang yang Berjaya tu tak pernah gagal ke dalam hidup mereka.? Dan orang yang gagal tu tak pernah Berjaya ke.? Tak semestinya kan. So, jika kamu gagal, jangan putus asa ( pelangi pasti hadir selepas ujan turun kn.? ). Apa pun yang berlaku dalam hidup nie, hadapi ler dengan tabah yea. Apa pun yang kamu inginkan, pasti kamu akan memperolehinya jika disertakan dengan usaha dan doa. “Percayalah” bak tajuk lagu Ning Baizura. Amin, U can do it. 



Jom hayati ler lirik lagu nie “Gemuruh” by Faizal Tahir. J

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan

Menyerlah jauh dari yang biasa
Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pasti kan terbukti nanti

à You've got to fight for every dream.
à So, bukti kan ler. Kejar ler matlamat hidup anda. Sekali lagi nak pesan, Jangan berputus asa tau jika anda gagal yea tapi teruskan usaha anda untuk Berjaya di masa hadapan. Yang buruk datang dari saya, dan apa yang baik datang dari ALLAh s.w.t. J                      
#Farhana means kegembiraanku. Gembirakan hati mereka dengan kejayaanku.! Insya-ALLAH. Amin. J











Thursday, 5 April 2012

Lagu Kita.!


Saya dedikasikan lagu ni untuk anda semua.

  1. Tadika : Masa ni kita sama-sama belajar untuk mengenal ABC dan mengira kan.
  2. Sekolah rendah : Masa nie pulak kita dah pandai membaca dan mengira kan. Terima Kasih untuk cikgu-cikgu sekalian. 
  3. Sekolah menengah : Kat sini, kita saling berlumba-lumba antara satu sama lain. Belajar untuk mengejar cita-cita bukan cinta yer. Masa ni kita masih keliru tentang masa depan kita. Tertanya-tanya nak jadi apa kan.? Dapatkah aku menjejakkan kaki ke universiti.? Dapatkah aku untuk menggapai bintang di langit.?
  4. Universiti : Bila masuk sini, niat kita hanya satu. Nak berjaya sama-sama.Nak “graduate” sama-sama. Kalau boleh setiap semester nak dapat anugerah ‘Dekan’. Tapi kita hanya merancang kan, Allah s.w.t yang menentukan segalanya.
  5. Sekarang : Tibalah waktu sekarang. Sekarang saya dan rakan-rakan lain berada kat sini. Menimba ilmu di negeri orang. Beribu kilometer jauh dari negeri sendiri. Walaupun bidang ni bukan bidang yang saya minati tapi bidang ni pernah jadi sebahagian daripada cita-cita saya masa sekolah rendah dulu ( Time budak-budak dulu ). Puan pernah kata, “ Kamu kena bersyukur kerana kamu antara orang yang sangat bertuah sebab dapat belajar kat sini”. Belajar untuk ikhlaskan diri anda, saya juga sedang cuba.


Sebiru Hari ini By EdCoustic

Sebiru hari ini, birunya bagai langit terang benderang.
Sebiru hati kita, bersama di sini.
Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman syurga.
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah.
Bukankah hati kita telah lama menyatu.
Dalam tali kisah persahabatan ilahi.
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya.
Hapus air mata meski kita kan terpisah.
Selamat jalan teman.
Tetaplah berjuang.
Semoga kita bertemu kembali.
Kenang masa indah kita.
Sebiru hari ini.
Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman syurga.
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah.


Kadang-kadang “DIA” tak bagi apa yang kita inginkan sebab “DIA” tahu apa yang terbaik untuk kita. “Dia” tidak akan uji kita jika kita tak mampu nak menghadapinya kan.? Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya kan.? Kawan-kawan, walau dimana pun kamu berada, berusahalah untuk menggapai bintang kamu itu. Jangan putus harapan jika kamu gagal sebab kegagalan itu akan membangkitkan semangat kamu untuk terus berusaha dan berjaya. Gagal sekali tak bermakna kamu akan gagal buat selamanya. Jom kita sama-sama menggapai bintang di langit.! 



P/s : Mulakan hari-hari anda dengan senyuman walaupun hari-hari tu tak seperti yang kita impikan. *Maafkan saya jika saya ada buat awak terasa hati. Saya tahu saya bukan insan yang sempurna dan tak mampu jadi kawan yang terbaik untuk awk. Thanks a lot sebab sudi jadi kawan saya. Persahabatan sampai ke syurga. Amin.