Selamat Datang. Jemput Baca Ya. Tolong Tinggalkan Jejak Anda. Jangan Lupa Singgah Lagi Tau.!

Thursday, 5 April 2012

Lagu Kita.!


Saya dedikasikan lagu ni untuk anda semua.

  1. Tadika : Masa ni kita sama-sama belajar untuk mengenal ABC dan mengira kan.
  2. Sekolah rendah : Masa nie pulak kita dah pandai membaca dan mengira kan. Terima Kasih untuk cikgu-cikgu sekalian. 
  3. Sekolah menengah : Kat sini, kita saling berlumba-lumba antara satu sama lain. Belajar untuk mengejar cita-cita bukan cinta yer. Masa ni kita masih keliru tentang masa depan kita. Tertanya-tanya nak jadi apa kan.? Dapatkah aku menjejakkan kaki ke universiti.? Dapatkah aku untuk menggapai bintang di langit.?
  4. Universiti : Bila masuk sini, niat kita hanya satu. Nak berjaya sama-sama.Nak “graduate” sama-sama. Kalau boleh setiap semester nak dapat anugerah ‘Dekan’. Tapi kita hanya merancang kan, Allah s.w.t yang menentukan segalanya.
  5. Sekarang : Tibalah waktu sekarang. Sekarang saya dan rakan-rakan lain berada kat sini. Menimba ilmu di negeri orang. Beribu kilometer jauh dari negeri sendiri. Walaupun bidang ni bukan bidang yang saya minati tapi bidang ni pernah jadi sebahagian daripada cita-cita saya masa sekolah rendah dulu ( Time budak-budak dulu ). Puan pernah kata, “ Kamu kena bersyukur kerana kamu antara orang yang sangat bertuah sebab dapat belajar kat sini”. Belajar untuk ikhlaskan diri anda, saya juga sedang cuba.


Sebiru Hari ini By EdCoustic

Sebiru hari ini, birunya bagai langit terang benderang.
Sebiru hati kita, bersama di sini.
Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman syurga.
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah.
Bukankah hati kita telah lama menyatu.
Dalam tali kisah persahabatan ilahi.
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya.
Hapus air mata meski kita kan terpisah.
Selamat jalan teman.
Tetaplah berjuang.
Semoga kita bertemu kembali.
Kenang masa indah kita.
Sebiru hari ini.
Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman syurga.
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah.


Kadang-kadang “DIA” tak bagi apa yang kita inginkan sebab “DIA” tahu apa yang terbaik untuk kita. “Dia” tidak akan uji kita jika kita tak mampu nak menghadapinya kan.? Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya kan.? Kawan-kawan, walau dimana pun kamu berada, berusahalah untuk menggapai bintang kamu itu. Jangan putus harapan jika kamu gagal sebab kegagalan itu akan membangkitkan semangat kamu untuk terus berusaha dan berjaya. Gagal sekali tak bermakna kamu akan gagal buat selamanya. Jom kita sama-sama menggapai bintang di langit.! 



P/s : Mulakan hari-hari anda dengan senyuman walaupun hari-hari tu tak seperti yang kita impikan. *Maafkan saya jika saya ada buat awak terasa hati. Saya tahu saya bukan insan yang sempurna dan tak mampu jadi kawan yang terbaik untuk awk. Thanks a lot sebab sudi jadi kawan saya. Persahabatan sampai ke syurga. Amin. 





2 comments: