Kedengaran lagu Flying Without Wings by West Life
dari handphoneku. Menandakan ada mesej yang diterima. Satu mesej diterima
daripada Awal. Jarang sekali dia menghantar mesej kepadaku. Hatiku dah rasa
berdebar-debar. Apa yang berlaku kali nie.? Hatiku terdetik, “Ya Allah, jauhkan
aku dari berita yang menyedihkan”. Tapi apakah dayaku, aku hanya meminta tapi
Allah s.w.t yang menentukan. Meseg berbunyi, “Al-fatihah. Cik dah meninggal, sama-sama
lah kita sedekahkan al-fatihah untuk dia.” Tanpa ku sedari, air mataku menitis
laju di pipi. Baru 2-3 hari lepas aku terima berita bahawa dia dah bertambah
OK. Betulkah dia OK sebenarnya.? Setelah 2-3 minit berlalu, adikku call bagitau,
“Along, Cik dah tak ada. Sabar eks.” Adakah aku still boleh sabar.? Untuk
dapatkan kepastian, aku call ayah.
Along : Ayah, betul ke Cik dah tak ada.?
Ayah : Tau dari mana nie.? Siapa yang bagi tau.? Ayah dan Umie dalam perjalanan nak pergi rumah Ayah Chik nie. Tak ada apa-apa lah.
Along : Ayah nak rahsiakan dari Along eks, tak nak bagi Along sedih kan.? ( Hanya hati yang mampu berkata-kata ).
Ayah : Tak apa, nanti lau ada apa-apa, ayah bagi tau ok.
Along : Urm, ok. Lau ada apa-apa, ayah inform tau.
Ayah : Tau dari mana nie.? Siapa yang bagi tau.? Ayah dan Umie dalam perjalanan nak pergi rumah Ayah Chik nie. Tak ada apa-apa lah.
Along : Ayah nak rahsiakan dari Along eks, tak nak bagi Along sedih kan.? ( Hanya hati yang mampu berkata-kata ).
Ayah : Tak apa, nanti lau ada apa-apa, ayah bagi tau ok.
Along : Urm, ok. Lau ada apa-apa, ayah inform tau.
Aku keliru. Aku tak sabar sangat. Aku betul-betul
nak kepastian. Then, call Ayah Chik. Ya, Cik dah tak ada. Pukul 7.55 p.m tadi.
Kepastian sudah terserlah. Ya Allah, dia dah pergi. Pergi buat selama-lamanya. Pergi
jauh dariku tanpa sempat untuk aku menatap wajahnya buat kali terakhir. Ya
Allah, sesungguhnya aku amat merindui dia. Terpatri namamu dalam hatiku, aku
takkan melupakanmu buat selamanya. Kenangan hanya tinggal kenangan sahaja, yang
tak mungkin aku akan melupakannya. Pantas sungguh masa berlalu, meninggalkan
aku tanpa sempat untuk aku bertemu denganmu. Hanya potret lama yang masih aku
simpan, untuk aku bingkaikan sebagai kenangan. Hingga terkadang aku akan
menangis sendirian.
Walaupun Cik dah pergi jauh dari Along, Along akan
selalu merindui Cik. Along ingat lagi, time budak-budak dulu, lau Along pergi
rumah Cik. Lepas mandi, Cik mesti sapu minyak kat rambut Along then sikat
rambut Along kan.? Lau ada Fardhu Ain kat sekolah, time rehat Cik mesti hulur
makanan kat Along melalui pagar kan.? Ya Allah, sesungguhnya aku amat merindui
dia. Ya Allah, kau tempatkan lah dia dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Amin.
No comments:
Post a Comment