Selamat Datang. Jemput Baca Ya. Tolong Tinggalkan Jejak Anda. Jangan Lupa Singgah Lagi Tau.!

Sunday, 20 May 2012

Kerja Saya.!


Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum buat teman-teman dan pembaca-pembaca sekalian. Lamanya tak mengarang kat sini. Banyak yang nak diceritakan tapi masa pula yang tidak mengizinkan. Final exam dah lama habis, sekarang sedang menunggu result pula. Dengar kata 23 Mei nanti dah keluar, betul ke nie.? Berdebar-debar jantung nie. Semoga semua budak-budak Intake 2/2011 lulus dengan cemerlang. Amin. J


Praktikal kat wad tinggal seminggu jer lagi, chross banyak lagi yang tak sempat nak habiskan. Macam mana nie.? Ya Allah, permudahkanlah urusan kami. Hurm, best ke kerja kat wad nie.? Macam biasa la, ada benda yang dapat menggembirakan hati kita, ada benda tak. Bukan semua perfect. Di Wad 4-3 ( Medical Perempuan ), banyak pengalaman semasa kat sini. Mana tak nyer, kerja selama 3 minggu kot. Macam-macam yang kita dapat kan sini. Sedih sangat bila kena uruskan jenazah untuk dibawa pulang. Dengan keadaan family jenazah yang menangis hingga tersedu. Ya Allah, mengalir juga airmata nie kat pipi. Al-fatihah untuk makcik-makcik. Moga roh makcik dicucuri rahmat dan makcik tenang di sana.


Next wad, 2 minggu di Wad D4 ( Orthopedik Lelaki ). Nama wad pun orthopedik kan, jadi kat sini cuma ada pesakit yang mengalami kepatahan jer la. Ehs, lupa pula pesakit yang mengalami DM ( Diabetec Mellitus ) pun ada, sebabnya ada di kalangan mereka yang kehilangan anggota badan seperti jari, kaki, dan etc. Pagi-pagi, selepas dengar report dari Sn. ( Staff Nurse ), kerja kami kena buat bed ( Salin & Kemaskan Katil Pt. ). Lepaskan tu, ambil vital sign ( Tekanan darah, Suhu, Nadi, Kadar Pernafasan ). Then, kerja yang paling famous kat sini adalah dressing ( Cuci Luka ). Prinsip steril kena ikut tau.! Lau nak teruskan cerita, memang tak habis la. Nak tau lebih lanjut, rasa la sendiri pengalaman nie. Boleh rasa eks.?


Wad yang menanti Wad 4-2 ( Surgical Lelaki ). Hurm, last wad. Stay kat sini 3 hari jer. Tunggu la saya datang yer. Minta-minta semuanya baik-baik sahaja. Amin. J

Saya hanya JP ( Jururawat Pelatih ). 


2 comments:

  1. huu .. its all about jururawat pelatih .. bila da graduate naty , mesti rindu moment jd jP .. sob3 :(

    ReplyDelete