Bulan Ramadhan dah lepas, Bulan Syawal dah nak lari jauh. Kerja masih banyak. Dah puas cuti raya selama 2 minggu kat umah, sekarang kena teruskan lain plak. (Trustly, cuti tak cukup). Hehe. Kerja tetap kerja. Tak boleh nak larikan diri. Hari kedua kerja kat ward 3.2 (Medical Lelaki). Alhamdulillah, setakat nie semua ok. Insya Allah, untuk hari-hari seterusnya, semuanya akan kekal ok. Tekad untuk kerja dengan ikhlas. Kalau boleh tak nak la merungut. Insya Allah. Yang pasti kena buat kerja dengan "Ikhlas". Penting tu.! Puan pun ada kata, "Kalau awak buat kerja dengan ikhlas, Allah s.w.t akan permudahkan urusan kerja awak. Insya Allah". Untuk Umie & Ayah, terima kasih tak terhingga sebab selalu mendoakan yang terbaik untuk anakmu ini. Thanks jugak untuk awak yang selalu pesan kat saya, "Buat kerja molek-molek, mulakan dengan Bismillah". Insya Allah, saya akan selalu ingat tu.
Nak wish sikit nie. Walaupun hari nie dah hari ke berapa Syawal, rasanya tak terlambat lagi kot nak wish "Selamat Hari Raya Aidilfitri". (Hari nie hari ke berapa Syawal eks.?). Lupa plak. Hehe. Maaf yer kalau ada salah dan silap sepanjang perkenalan kita. Kira 0-0 ok.
*Kosong Kosong Kosong -Najwa Latif
Hari raya kedua bersama sepupu (baju merah) & adik tersayang (baju putih).! |
No comments:
Post a Comment