Assalamualaikum kepada bakal-bakal ibu mahupun kepada yang
telah menjadi ibu. Tahniah saya ucapkan kerana anak itu rezeki dari Allah s.w.t,
semoga berbahagia selalu. Saya Jururawat Pelatih Farhana. Hari ini saya akan
memberitahu serba sedikit tentang kebaikan susu ibu kepada bayi dan juga kepada
ibu.
Sebelum itu, eloklah rasanya kita mengetahui tentang “Polisi
Kebangsaan Penyusuan Susu Ibu”.
Polisi Kebangsaan Penyusuan Susu Ibu :
~ Semua ibu digalakkan menyusukan anaknya dengan susu
ibu sahaja dari lahir hingga umur 6 tahun dan meneruskan sehingga 2 tahun (atau lebih). Makanan
pelengkap atau tambahan perlu dimulakan pada umur 6 tahun.
Ok, sekarang saya akan bagitau tentang “Kebaikan Susu Ibu
Kepada Bayi”. Then, “Kebaikan Susu Ibu Kepada Ibu”.
Kebaikan Susu Ibu Kepada Bayi :
1.
Mempunyai antibody.
2.
Mempunyai komposisi nutrien
yang lengkap dan sesuai untuk bayi.
3.
IQ tinggi.
4.
Mengurangkan risiko alahan
kepada bayi.
5.
Mengurangkan risiko
penyakit kencing manis, cirit-birit, pneumonia dan jangkitan telinga.
6.
Menggalakkan tumbesaran.
7.
Mudah dihadam.
Kebaikan Susu Ibu Kepada Ibu :
1.
Mengeratkan kasih sayang
antara ibu dan anak.
2.
Mengecutkan rahim dan
mengurangkan pendarahan.
3.
Mengurangkan risiko barah
payudara dan ovary.
4.
Menjimatkan masa dan wang.
5.
Mengembalikan bentuk badan
kepada bentuk yang asal kerana lemak digunakan semasa penyusuan.
6.
Mudah kerana tidak
memerlukan persediaan.
7.
Penyusuan ibu sepenuh masa
dapat menjarakkan kelahiran secara Lactation Amenorrhea Method (LAM).
·
Susu ibu secara ekslusif -6
bulan
·
Tiada haid -6 bulan
·
Berkesan -6 bulan
Sekian untuk hari ini, Terima Kasih. J
# Ilmu yang ingin dikongsi bersama. (Ayat skema molek).
Haha. J
No comments:
Post a Comment