Pada kedinginan malam, otakku berputar ligat untuk mencari
idea bagi menterjemahkan fikiranku dalam sebuah diari. Diarikah.? Sejak
kebelakangan ini, ada sahaja cerita mengenai jodoh dan perkahwinan. Agaknya,
umur yang semakin meningkat, mematangkan fikiran kami untuk berfikir tentang
“jodoh” dan “perkahwinan”. Kami.? Hanya rakan-rakanku sahaja. Bertemankan lagu
“I Lay My Love On You” by “Westlife” yang penuh makna dan bersama “Si Comot” yang
banyak berjasa.! Susah dan senang, sentiasa bersama. Si Comot, terima kasih
sebab masih setia bersamaku setelah bertahun lamanya.
“I Lay My Love On You”.?
Dia pernah menghantar kata-kata yang berbunyi, “Kahwinlah
dengan seseorang yang mencintai diri kita daripada kita mencintai orang itu.
Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tetapi tidak
menyintai kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian diri sendiri
daripada mengubah pendirian orang lain.”
Jangan salah faham.!
Ok, cuba baca ayat nie. “Apabila percintaan tidak
berkekalan, mungkin Allah menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang
yang salah sebelum kita bertemu dengan orang yang tepat. Yes, macam main puzzle
kan. Pernah main puzzle ke tak nie.?
Ayat yang dipetik dari sebuah novel tempatan, “Cinta itu
anugerah Allah. Dia tahu siapa yang terbaik untuk kita. Kadangkala yang kita sayang
dan kita suka tu yang memberi mudarat kepada kita, yang memberi penderitaan
pada kita. Sebaliknya mungkin apa yang kita benci, apa yang kita tak suka
itulah yang memberi manfaat kepada kita.”
Manusia merancang dengan CITA-CITA, tetapi Allah s.w.t
merancang dengan CINTA.~
#Takdir Allah adalah takdir terindah. Yakin dengan
ketentuan-Nya dan sabar dengan dugaan-Nya. Bahagia pasti menjadi milik kita.
Insya Allah.