Selamat Datang. Jemput Baca Ya. Tolong Tinggalkan Jejak Anda. Jangan Lupa Singgah Lagi Tau.!

Thursday, 21 February 2013

Hargailah orang yang kita miliki.~


Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya pada gurunya. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai “Kasih Sayang”.

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang.? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan.?

Cikgu : Ok, kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yang PALING CANTIK tanpa memandang ke belakang lagi walau sekali. Bila kamu dah petik rumput yang PALING CANTIK, bawa ke kelas.

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas. Tiada sehelai rumput pun di tangannya. Cikgu bertanya, “Kenapa tiada sehelai rumput pun yang dipilih.?” 

Pelajar : Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang PALING CANTIK. Memang ada banyak yang cantik, tapi cikgu kata petik yang PALING CANTIK. Maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang PALING CANTIK tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi, sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang PALING CANTIK. Mungkin ada di antara yang di belakang saya tadi, ada rumput yang PALING CANTIK tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita bertemu dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang berlalu tidak akan berulang lagi. Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang PALING CANTIK dan PALING BAIK. Walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.

#So, kesimpulannya… Siapa yang tahu, sila angkat tangan. Hehe. Sayang awak.!

No comments:

Post a Comment