Selamat Datang. Jemput Baca Ya. Tolong Tinggalkan Jejak Anda. Jangan Lupa Singgah Lagi Tau.!

Thursday, 21 February 2013

Cinta Ya Cinta -AlifAziz.


Pada kedinginan malam, otakku berputar ligat untuk mencari idea bagi menterjemahkan fikiranku dalam sebuah diari. Diarikah.? Sejak kebelakangan ini, ada sahaja cerita mengenai jodoh dan perkahwinan. Agaknya, umur yang semakin meningkat, mematangkan fikiran kami untuk berfikir tentang “jodoh” dan “perkahwinan”. Kami.? Hanya rakan-rakanku sahaja. Bertemankan lagu “I Lay My Love On You” by “Westlife” yang penuh makna dan bersama “Si Comot” yang banyak berjasa.! Susah dan senang, sentiasa bersama. Si Comot, terima kasih sebab masih setia bersamaku setelah bertahun lamanya.

“I Lay My Love On You”.?

Dia pernah menghantar kata-kata yang berbunyi, “Kahwinlah dengan seseorang yang mencintai diri kita daripada kita mencintai orang itu. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tetapi tidak menyintai kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.”

Jangan salah faham.!

Ok, cuba baca ayat nie. “Apabila percintaan tidak berkekalan, mungkin Allah menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum kita bertemu dengan orang yang tepat. Yes, macam main puzzle kan. Pernah main puzzle ke tak nie.?

Ayat yang dipetik dari sebuah novel tempatan, “Cinta itu anugerah Allah. Dia tahu siapa yang terbaik untuk kita. Kadangkala yang kita sayang dan kita suka tu yang memberi mudarat kepada kita, yang memberi penderitaan pada kita. Sebaliknya mungkin apa yang kita benci, apa yang kita tak suka itulah yang memberi manfaat kepada kita.”

Manusia merancang dengan CITA-CITA, tetapi Allah s.w.t merancang dengan CINTA.~
#Takdir Allah adalah takdir terindah. Yakin dengan ketentuan-Nya dan sabar dengan dugaan-Nya. Bahagia pasti menjadi milik kita. Insya Allah.

No comments:

Post a Comment