Selamat Datang. Jemput Baca Ya. Tolong Tinggalkan Jejak Anda. Jangan Lupa Singgah Lagi Tau.!

Wednesday, 19 December 2012

Sweet sour betul lah.!

Bungkusan coklat tak dibuka. Perfume langsung tak diguna. Malah, semua nyer telah dipulangkan semula pada tuan nyer setelah berbulan-bulan dihadiahkan kepada seseorang. Apa perasaan anda pada saat itu.? Marah.? Sedih.? kecewa.? Bagi saya, mesti la saya rasa macam tu kot. Yela, kita bagi sebagai hadiah tu. Sekurang-kurang nyer, awak hargailah.

Kalau awak taknak pon, saya rasa lebih baek awak buang jer hadiah tu. Sebab sekurang-kurang nyer, orang yang bagi hadiah kat awak tu takkan rasa sedih dan kecewa. Tapi awak.? Setelah sekian lama, awak bole pulangkan kembali hadiah tu. Nampak sangat kan. Sehinggakan awak tak pernah nak buka pon pembalut hadiah tu.

Bagi saya, awak tak menghargai pemberian ikhlas dari orang. Sorry la sebab saya judge awak macam nie. Sepatut nyer saya takkan kata macam nie kan.? Saya pon bukan nyer tahu tentang keadaan sebenar. Mana la tahu, dari sudut hati awak yang paling dalam tu, mybe awak nak simpan hadiah tu untuk kenang-kenangan sehinggakan awak tak sampai hati nak buka pembalut nyer. Hehe. Tapi tapi tapi, nasib baek la tomyam tu awak dah makan. Tak simpan plak yer.? Kalau la awak pulangkan jugaks. Aish, tak tahu la apa nak kata. Pening pening pening.

#Sob sob sob. Sedih nyer. Saya plak yang feeling lebih nie. Ok, sayang awak (SA). Kbai.~

Diam itu lebih baik.~

Awak serba boleh kan.? Memasak.? Terer sekali.! Kalah saya kot. Pelajaran.? Hebat.! Oh, no. Kalah lagi. Photography.? I like your pictures. Nice. Ehs, rupanya awak kaki blogger jugak la. Ok, I follow you. Cerita awak, best.! Kalau nak jadi iman.? Mesti la boleh. Awak kan berpelajaran tinggi. Bab ilmu agama tentu terer kan. I wish you will happy always with her.

Ehs, jangan salah faham yer. Saya bukan menaruh perasaan terhadap awak. Saya cuma kagum dengan awak jer. Peace. Apa.? Kenapa saya selalu "like" status awak.? Ehs, awak perasan ke.? Laa, awak nak tahu sebab nyer.? Sebab status awak selalu muncul kat wall saya. So, saya like la. Saya kan kaki mengelike.! Hehe.

Awak.! Walau dimana pon awak berada, saya harap awak happy sopmo dehs. Saya tak famous, tak la pandai macam awak, ayat bukan nyer gempak pon dan awak mungkin tak kenal saya walaupun kita pernah bersekolah sekali dan selalu terserempak kat pasar malam suatu ketika dahulu. Haha. Tapi, In Shaa Allah, saya tetap akan jadi kawan awak till "Jannah". Kita kawan yer awak.! Amin. (Walaupun kita hanya berkawan di alam siber, but I'm happy).

#Ok, sayang awak (SA). Trademark baru.! Peace. Kbai.~

Thursday, 18 October 2012

Kebaikan Susu Ibu.~


Assalamualaikum kepada bakal-bakal ibu mahupun kepada yang telah menjadi ibu. Tahniah saya ucapkan kerana anak itu rezeki dari Allah s.w.t, semoga berbahagia selalu. Saya Jururawat Pelatih Farhana. Hari ini saya akan memberitahu serba sedikit tentang kebaikan susu ibu kepada bayi dan juga kepada ibu.

Sebelum itu, eloklah rasanya kita mengetahui tentang “Polisi Kebangsaan Penyusuan Susu Ibu”.

Polisi Kebangsaan Penyusuan Susu Ibu :
~ Semua ibu digalakkan menyusukan anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir hingga umur 6 tahun dan meneruskan sehingga  2 tahun (atau lebih). Makanan pelengkap atau tambahan perlu dimulakan pada umur 6 tahun.

Ok, sekarang saya akan bagitau tentang “Kebaikan Susu Ibu Kepada Bayi”. Then, “Kebaikan Susu Ibu Kepada Ibu”.

Kebaikan Susu Ibu Kepada Bayi :
1.       Mempunyai antibody.
2.       Mempunyai komposisi nutrien yang lengkap dan sesuai untuk bayi.
3.       IQ tinggi.
4.       Mengurangkan risiko alahan kepada bayi.
5.       Mengurangkan risiko penyakit kencing manis, cirit-birit, pneumonia dan jangkitan telinga.
6.       Menggalakkan tumbesaran.
7.       Mudah dihadam.

Kebaikan Susu Ibu Kepada Ibu :
1.       Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak.
2.       Mengecutkan rahim dan mengurangkan pendarahan.
3.       Mengurangkan risiko barah payudara dan ovary.
4.       Menjimatkan masa dan wang.
5.       Mengembalikan bentuk badan kepada bentuk yang asal kerana lemak digunakan semasa penyusuan.
6.       Mudah kerana tidak memerlukan persediaan.
7.       Penyusuan ibu sepenuh masa dapat menjarakkan kelahiran secara Lactation Amenorrhea Method (LAM).
·         Susu ibu secara ekslusif -6 bulan
·         Tiada haid -6 bulan
·         Berkesan -6 bulan

Sekian untuk hari ini, Terima Kasih. J
# Ilmu yang ingin dikongsi bersama. (Ayat skema molek). Haha. J


Tuesday, 4 September 2012

Raya Tak Raya.!

Bulan Ramadhan dah lama berlalu. Bulan Syawal pulak makin bertambah hari, makin dye meninggalkan kita. Sebenarnya kite tak tahu nak tulis tentang apa nie. Urm, disebabkan kebosanan kite buka la blog nie. Teringat la plak kat blog kite nie. Lagipun dah lama kite tak tulis sesuatu kat sini. Ingat nak update sesuatu tapi tak ada idea plak. Bila time bulan puasa, busy nak beli makanan kat bazar, sibuk nak buka puasa la tapi terawih pergi ke tak nie.? Hehe. Bile time raya, sibuk plak nak pergi beli baju raya. Tak ada baju tak boleh raya lak eks. Busy buat biskut raya, busy layan tetamu yang datang rumah la, busy nak pergi "Open House" lagi. Buat ke biskut tu @ kuih tunjuk jer nie.? Makanan pasti banyak. Makan la apa yang terhidang kat atas meja tu eks. Orang kate, time nie la nak tambah berat kan.? Ok, jemput la makan yang mana ada tu yer.

Bulan Ramadhan dah lepas, Bulan Syawal dah nak lari jauh. Kerja masih banyak. Dah puas cuti raya selama 2 minggu kat umah, sekarang kena teruskan lain plak. (Trustly, cuti tak cukup). Hehe. Kerja tetap kerja. Tak boleh nak larikan diri. Hari kedua kerja kat ward 3.2 (Medical Lelaki). Alhamdulillah, setakat nie semua ok. Insya Allah, untuk hari-hari seterusnya, semuanya akan kekal ok. Tekad untuk kerja dengan ikhlas. Kalau boleh tak nak la merungut. Insya Allah. Yang pasti kena buat kerja dengan "Ikhlas". Penting tu.! Puan pun ada kata, "Kalau awak buat kerja dengan ikhlas, Allah s.w.t akan permudahkan urusan kerja awak. Insya Allah". Untuk Umie & Ayah, terima kasih tak terhingga sebab selalu mendoakan yang terbaik untuk anakmu ini. Thanks jugak untuk awak yang selalu pesan kat saya, "Buat kerja molek-molek, mulakan dengan Bismillah". Insya Allah, saya akan selalu ingat tu.

Nak wish sikit nie. Walaupun hari nie dah hari ke berapa Syawal, rasanya tak terlambat lagi kot nak wish  "Selamat Hari Raya Aidilfitri". (Hari nie hari ke berapa Syawal eks.?). Lupa plak. Hehe. Maaf yer kalau ada salah dan silap sepanjang perkenalan kita. Kira 0-0 ok.
*Kosong Kosong Kosong -Najwa Latif

Hari raya kedua bersama sepupu (baju merah) & adik tersayang  (baju putih).!


Monday, 6 August 2012

Jodoh Itu Rahsia Allah.~

*Sekuat apa kita setia.
*Selama apa kita menunggu.
*Sekeras apa kita bersabar.
*Sejujur apa kita menerima kekasih kita.

Jika ALLAH tidak menulis JODOH kita dengan kekasih kita, kita TETAP tidak akan bersamanya.
THINK POSITIVE dan terimalah takdir-NYA.

Kerana TULUNG RUSUK dan pemiliknya TAKKAN PERNAH tertukar.
Dan akan bertemu PADA SAATnya.

♥Jangan Mencintai Seseorang Setinggi Langit Kerana Langit Boleh Runtuh.
♥Jangan Mencintai Seseorang Sedalam Lautan Kerana Lautan Boleh Surut.
♥Jangan Mencintai Seseorang Sebesar Dunia Kerana Dunia Boleh Hancur.

Sunday, 5 August 2012

Oral test.!

Pagi tadi ada oral test.
Kite tak bersedia lagi kot. (Sebab selalu buat kerja last minutes)
Tapi tiba-tiba Dr. kata tak jadi buat "TALK" kat depan. (Ok, lega sikit)
Last minutes Dr. ubah rancangan buat oral test gaya MUET.
I'm not good in English.
Kami antara kumpulan yang terawal. (Kumpulan 3)
Masa bercakap, badan dah rasa rigor.
Fikiran dah melayang entah ke mana.
Apa yang kite cakap tadi.?
Ayat terbelit-belit kah.?
Pronunciation betul ke tak.?
Entah dapat berapa la markah tu.
30 marks untuk oral test. Urm, banyak tu.
Urgh, macam mana nie. (Ops, lupa. Jangan mengeluh)

*Jangan meratapi nasib sendiri. Tapi kita kena berusaha untuk mengubahnya.
#Puan selalu kata, "Practice make Perfect". Apa pun yang kita bakal lalui, kita redah jer.
-->Ya Allah. KAU permudahkanlah urusanku di dunia serta di akhirat kelak. Amin.







Friday, 3 August 2012

Sediakan payung sebelum hujan.~

Hari nie Puan kite ada panggil "materen" ( yang pakai baju biru tua tu, dia kerja kat hospital ) datang ke kelas kite. Hehe. Kenapa plak dia Puan kite jemput dia eks.? Sebenarnya, dia nak bagi ceramah mengenai " colostomy care". Tahu tak nie.? Lau tak tahu, nanti cari maklumat kat internet eks. Jangan asyik online facebook jer. ( Pesanan untuk diri sendiri ). Peace No War.


* Ketibaan Puan & Materen ke kelas kite.
* Beri salam dulu, tanda hormat.
  "Assalamualaikum, Materen."
  "Assalamualaikum, Puan."
* Kemudian disertai kata-kata aluan & bacaan doa. 
  Moga majlis nie diberkati & kite dapat serba sedikit ilmu untuk hari nie.
* Ok, tumpukan perhatian.
* Attention.!


Pengenalan struktur "small intestine" & "large intestine".
Tahukah anda berapa panjang "small intestine" & "large intestine".?
"Small intestine" = 5-7m.
"Large intestine" = 1-2m.


Apa itu "Olostomy".?
Ada sape-sape dapat jawab.
Mesti kamu dah belajar kan.


"Ok. Farhana tolong jawab."
"Alamak, apa kite nak jawab nie.?"
"Urm, satu pembukaan sementara @ kekal pada colon yang dilakukan melalui pembedahan."
Entah betul, entah tak nie.
Lau salah kan, takut malukan Puan plak nanti.
Adoi.!


Hah, tengok tu.
Kan dah gugup nak jawab soalan tu.
Malu, malu, malu.~


Pengajaran untuk hari ini : ''Sediakan payung sebelum hujan".
#Kan Puan dah pesan sebelum nie, balik rumah tolong baca dulu nota tu.!



Tuesday, 31 July 2012

Cinta.~


Cinta itu kan jadi kekuatan,
Jika disandarkan pada Allah,
Cinta itu kan jadi muhibbah,
Jika disalurkan pada jalan yang benar,
Cinta itu kan jadi riang.

Usah gusar jika belum berpunya,
Usah risau jika belum dipetik sesiapa,
Usah malu jika tiada lelaki yang bertakhta. 

Yakinlah dengan qada' & qadar Allah,
Bila mana keluarnya kita dari rahim sang ibu,
Tercatat sudah di luh mahfuz,
Siapa jodoh kita,
Bila akhir hayat hidup kita,
Di mana nafas terakhir kita. 

Yakinlah,
Allah lah sebaik-baik pengatur hidup,
Berdoalah tiap kali lepas solat,
Wa la takilna ila anfusina torfata 'ain.
Ya Allah, jangan kau biarkan masa depan kami ditentukan oleh diri kami sendiri,
Walaupun cuma sekelip mata. 

"Serahkan hatimu pada Allah, pasti DIA temukan dengan pemilik terbaik"

#Mencari C.I.N.T.A sejati, biar sampai syurga.~

Monday, 30 July 2012

Jagalah hati.~


Ilmu tambahan untuk hari ini.
Best dapat berkumpul, then dapat bercerita.
Masing-masing saling kongsi cerita.
Tentang CINTA.?
Ehs, jangan fikir yang bukan-bukan.
Bukan tentang itu, tapi tentang “Bercerita sambil memberi nasihat”.
“Bercinta selepas kahwin, Pasti bahagia kan.?“                    
Couple.? Ikut fahaman masing-masing.
Tak semestinya orang yang kita couple tu akan jadi suami kita kan.?
Rasa rugi tak bila kita couple dengan orang lain, tapi kahwin dengan orang lain.?
Zina hati.? Selalu berlalu kan.?
Bila lelaki kata kat seorang perempuan, “Ehs, awak cantik la.”
Perempuan plak, mesti tersipu malu or jawab, “Mana ada.”
Kalau boleh, jagalah hati kita.
Pandai-pandai lah kita atasinya.
Jika nak rasa kemanisan dikemudian hari, jadi sabarlah menunggu.
Sabar itu indah kan.?

"Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)."
(Surah an-Nur, ayat 26)

Walau bukan di dunia yang fana ini, Insya Allah, dengan berkat kesabaran, pasti di syurga nanti bersatu juga. Andai sudah ditakdirkan jodoh dengan dia, tiada apa yang dapat mengubahnya kerana Allah Maha Berkuasa. Hanya dengan sedikit kesabaran dan doa yang tidak putus, Allah pasti membalasnya dengan kebahagiaan yang lebih bermakna.

( Nasihat yang amat bermakna buatku, Terima Kasih ) J
#Apa yang baik, datang dariNYA. Segala kelemahan datang dari diri aku sendiri. Aku hambaMU yang lemah.~

Wednesday, 11 July 2012

Sahabat.~


Sahabat. 
Sahabat yang baik adalah sahabat yang berani membetulkan kita ketika kita berbuat kesalahan sehingga kita tidak hanyut di dalam kesalahan dan dosa. 
Sahabat sejati akan meluruskan jalan ketika kita kehilangan arah dan tidak akan meninggalkan kita dalam suka, apalagi dalam duka. 
Maaf, mungkin selama ini aku bukanlah kawan yang baik. 
Maaf, mungkin selama ini aku sering melalaikanmu. 
Maaf, mugkin selama ini aku membuatmu rasa sedih dan tersisih. 
Maaf, mungkin selama ini ada bicaraku yang pedih. 
Maaf, mungkin selama ini aku tidak memahamimu. 
Maaf, aku hanya hamba yang biasa. 
Moga Allah s.w.t selalu menyayangimu. 
Kerana siapa pun kamu, kamu tetap sahabatku.~ 





Monday, 9 July 2012

Ya, aku terasa.


Ya, aku terasa.
Terus-terang aku katakan yang aku terasa sangat.
Salah ke kalau aku berterus-terang.?
Salah ke kalau aku kata aku terasa hati dengan kau.?
Salah eks.?

Maaf.~
1.       Maafkan aku jika aku mengguris perasaan kau.
2.       Maafkan aku jika kau kecewa dengan kata-kata aku.
3.       Maafkan aku jika aku buat kau menitiskan air mata.
4.       Maafkan aku atas segala kesilapanku atau terkasar bahasaku terhadap kau.
5.       Maafkan aku. Maafkan aku dan maafkan aku. L

Marahkah kau.?
Bencikah kau.?
Tentu kau tak sangka sangat kan.?
Kau tak sangka kan aku boleh jadi macam nie.?
Orang lain tak mampu nak memahami hati dan perasaan kita.
Hanya kita jer yang tahu apa yang kita rasa.
Perasaan kita berlainan, mungkin bagi kau itu hanya ‘small matter’ jer.
Tapi bagi aku, aku terasa.

Aku.~
1.       Aku hanya manusia biasa. Ada hati dan ada perasaan.
2.       Aku hanya manusia biasa. Aku tahu, aku bukannya baik sangat pun.
3.       Aku hanya manusia biasa. Dan aku tahu, aku tak sempurna.
4.       Aku hanya manusia biasa. Aku tahu, aku banyak kekurangan dan kelemahan.
5.       Aku hanya manusia biasa. Dan aku tahu, aku bukan teman yang terbaik.

Mungkin aku tak sekepala dengan kau.
Mungkin aku bukan teman sejati yang kau cari.
Mungkin aku tak mampu nak gembirakan hati kau.
Dan mungkin aku tak pandai nak jaga hati kau.
Segala-galanya mungkin kan.?

Terima Kasih.~
1.       Terima kasih sebab selama nie kau sudi bergelak ketawa dengan aku.
2.       Terima kasih sebab kau sudi tadahkan telinga kau untuk dengar kisah hati aku.
3.       Terima kasih jugak sebab kau sudi share cerita kau dengan aku.
4.       Terima kasih sebab kau cakap benda yang baik-baik tentang aku.
5.       Terima kasih sebab selama nie kau percaya pada aku.
6.       Terima kasih sebab kau sudi tidur sekatil dan sebantal dengan aku.
7.       Terima kasih atas segala-galanya. J

Sesungguhnya, aku amat menghargainya.

Dengan tulus dan ikhlas, aku mengatakan bahawa kau teman aku sampai syurga.
With lots of love. J

#Aku rasa bersalah sangat, sebab aku yang buat jurang kita makin jauh.~ L

Tuesday, 19 June 2012

Cukuplah Aku Mencintaimu Dalam Diam.! ♥


Semalaman tak boleh tidur. Agak-agak sebab terbaca blog awak kot. Betul ke terharu nie.? Tiba-tiba terfikir, nak update post baru la kat blog. Hurm, tentang apa eks.? Tak de idea nie. Fikir punya fikir, tiba-tiba terlintas nak tulis sal nie.

Pesanan untuk pembaca : Tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Peace No War. J

Mudahnya mulut mengucapkan kata rindu.
Mudahnya mulut meluahkan rasa sayang.
Mudahnya mulut menaburkan bait-bait cinta.
Tuluskah hati anda.?
Tak dapat nak gambarkan nyer kan.?
Sebab kita tak boleh nak baca hati orang.
Tapi, tahukah anda.?
Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya.
Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita.
Jadi boleh tak kalau saya nak Cintai Awak Dalam Diam, Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan.?

Suka baca nie :

If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years.
Then you can do it the halal way.

Monday, 18 June 2012

Love them.!


Dah lama rasa nyer tak menekan papan keyboard nih. Bukan tak ada masa tapi disebabkan penyakit MALAS yang melanda diri nie. Paham-paham jer la, Cuti-cuti macam nie rasa nak makan tidur jer. Alahai, apa nak jadi la dengan anak UMIE & AYAH nie kan.? Dah besar panjang tau, tak lama lagi dah nak jadi bini orang plak. Oit, ulat bulu dah naik daun. Gatal la plak. Hahaha. J

Tak tau nak cite pasal apa nie. Argh, malas nyer nak kerah otak nie. Assignment pun tak sentuh lagi nie. Sementara fikir nak buat assignment ke tak nie, Jom kita imbau dulu tarikh 29 Mei 2012. Apa yang menarik yer.? Hurm. 

Sweet memory with them.~ <3

Dah tengak gambar kat atas tu.? Agak-agak anda tau tak apa yang telah berlaku.? Hehehe. The best event yang pernah saya rasa. Tak terucap saya nak luahkan dengan kata-kata. You all the best la. Tak pernah saya sambut birthday seHAPPENING nie. Adoi. Thanks yer. Banyak sangat komplot dari awak-awak nie yer. Pandai simpan rahsia plak tu. Kesian, saya juga yang kena kan. To Kesabaranku~, pandai lak awak simpan rahsia yer. Ee Iman n Tieyz Zatiey, good job la dear. Terharu saya tau. Nasib baik tak menangis kat situ jerk. J

Monday, 11 June 2012

Bront Palarea & Razali Hussein.!


P : Awak tengah buat apa tu.?
L : Tengah tengok tv sambil fikir something. He3.
P : Cam penting jer. Agak-agak fikir sal apa eks.? Fikir molek-molek la deh. J
L : Fikir sal janggut nie, nak buang sikit atau nak cukur terus.
P : Oo, yeke.? Ikut awak la.
L : Saya tanya adik saya pun, dia kata camtu jugak. He3.
P : Ha3. Yela, semua tu atas diri awak sendiri la.
L : Tapi lau cukur terus, nanti nampak cam budak-budak plak.
P : Awak kenal Bront Palarae dan Razali Hussein tak.?
L : Kenal. Kenapa.?
P : Kawan-kawan saya kata diorang tak h _ _ _ _ _, tapi bagi saya diorang h _ _ _ _ _  apa. Kan.?
L : Oo, lau camtu saya tak jadi la nak cukur janggut saya tu.
P : Aiks, kenapa plak.? Pelik nyer.
L : Yela, nanti saya tak h _ _ _ _ _ lak. He3.



Si Kacak.!


Sunday, 10 June 2012

Awak.!


Awak.!
Banyak yang saya nak luahkan tentang awak kat sini. Tapi tak tahu camne nak mulakan.
Awak. Awak tau tak apa yang saya sedang rasa sekarang nie.?
Entah, sebenar nyer saya pun tak tau apa yang saya sedang rasa sekarang.
Sukar nak translatekan tentang perasaan nie.
Bila saya tanya apa status awak sekarang.? Awak jawab bujang lagi, tak ada isteri dan tak ada anak. Hahaha.
Pelikkan bila perempuan tanya soalan camnie kat lelaki.? Hahaha.
Awak plak tanya soalan sama kat saya.
OK, saya jawab : Saya bakal jadi tunangan dan isteri orang suatu hari nanti. Insya Allah. J
Awak kata : Hehehe. Bagus.
Awak.!
Saya bukan nak puji awak nie. Tapi ikhlas saya katakan :
Awak baik. ( Kawan saya pun selalu cakap macam nie ).
Awak selalu ambil berat tentang kesihatan saya. Thanks yer awk.
Awak buat saya rasa terharu dengan sikap caring awak tu.
Awak selalu buat saya tersenyum. Tapi awak kata, asyik senyum pun tak boleh jugak.
Nanti apa pulak kata orang kan.?
Awak wish birthday saya. Antara ucapan yang terpanjang tau.
Awak kata, “Selamat Hari Tua! Fatin Nur_ _ _ _ _ _ _. 
( Siap tau nama penuh lagi nie ).
Semoga awak diberkati Allah s.w.t di dunia dan di akhirat. Dipermudahkan segala amalan awak serta suburkanlah benih keimanan dengan penuh kasih sayang serta ketakwaan. Peace No War. J
Awak kata nak belikan saya novel. Sebab awak tau saya suka baca novel kan.?
Awak kata awak akan selalu sokong saya. Saya akan sentiasa hargainya.
Cuti nie awak suruh saya belajar masak. Hahaha. Saya tau la saya tak berapa nak pandai masak lagi kan.
Awak, awak tau tak. Awak dah banyak sangat kata kat saya nie.
Tak mampu saya nak menaip nyer kat sini.
DAN, Tak tau la samada saya masih mampu mengingati kata-kata awak tu.
Awak tau tak, kadang-kadang saya rasa saya bukan yang terbaik untuk awak.
Walaupun kita hanya best friend kan.?




Sunday, 20 May 2012

Kerja Saya.!


Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum buat teman-teman dan pembaca-pembaca sekalian. Lamanya tak mengarang kat sini. Banyak yang nak diceritakan tapi masa pula yang tidak mengizinkan. Final exam dah lama habis, sekarang sedang menunggu result pula. Dengar kata 23 Mei nanti dah keluar, betul ke nie.? Berdebar-debar jantung nie. Semoga semua budak-budak Intake 2/2011 lulus dengan cemerlang. Amin. J


Praktikal kat wad tinggal seminggu jer lagi, chross banyak lagi yang tak sempat nak habiskan. Macam mana nie.? Ya Allah, permudahkanlah urusan kami. Hurm, best ke kerja kat wad nie.? Macam biasa la, ada benda yang dapat menggembirakan hati kita, ada benda tak. Bukan semua perfect. Di Wad 4-3 ( Medical Perempuan ), banyak pengalaman semasa kat sini. Mana tak nyer, kerja selama 3 minggu kot. Macam-macam yang kita dapat kan sini. Sedih sangat bila kena uruskan jenazah untuk dibawa pulang. Dengan keadaan family jenazah yang menangis hingga tersedu. Ya Allah, mengalir juga airmata nie kat pipi. Al-fatihah untuk makcik-makcik. Moga roh makcik dicucuri rahmat dan makcik tenang di sana.


Next wad, 2 minggu di Wad D4 ( Orthopedik Lelaki ). Nama wad pun orthopedik kan, jadi kat sini cuma ada pesakit yang mengalami kepatahan jer la. Ehs, lupa pula pesakit yang mengalami DM ( Diabetec Mellitus ) pun ada, sebabnya ada di kalangan mereka yang kehilangan anggota badan seperti jari, kaki, dan etc. Pagi-pagi, selepas dengar report dari Sn. ( Staff Nurse ), kerja kami kena buat bed ( Salin & Kemaskan Katil Pt. ). Lepaskan tu, ambil vital sign ( Tekanan darah, Suhu, Nadi, Kadar Pernafasan ). Then, kerja yang paling famous kat sini adalah dressing ( Cuci Luka ). Prinsip steril kena ikut tau.! Lau nak teruskan cerita, memang tak habis la. Nak tau lebih lanjut, rasa la sendiri pengalaman nie. Boleh rasa eks.?


Wad yang menanti Wad 4-2 ( Surgical Lelaki ). Hurm, last wad. Stay kat sini 3 hari jer. Tunggu la saya datang yer. Minta-minta semuanya baik-baik sahaja. Amin. J

Saya hanya JP ( Jururawat Pelatih ). 


Monday, 16 April 2012

15 April 2012 @ 7.55 p.m.!



Kedengaran lagu Flying Without Wings by West Life dari handphoneku. Menandakan ada mesej yang diterima. Satu mesej diterima daripada Awal. Jarang sekali dia menghantar mesej kepadaku. Hatiku dah rasa berdebar-debar. Apa yang berlaku kali nie.? Hatiku terdetik, “Ya Allah, jauhkan aku dari berita yang menyedihkan”. Tapi apakah dayaku, aku hanya meminta tapi Allah s.w.t yang menentukan. Meseg berbunyi, “Al-fatihah. Cik dah meninggal, sama-sama lah kita sedekahkan al-fatihah untuk dia.” Tanpa ku sedari, air mataku menitis laju di pipi. Baru 2-3 hari lepas aku terima berita bahawa dia dah bertambah OK. Betulkah dia OK sebenarnya.? Setelah  2-3 minit berlalu, adikku call bagitau, “Along, Cik dah tak ada. Sabar eks.” Adakah aku still boleh sabar.? Untuk dapatkan kepastian, aku call ayah.

Along : Ayah, betul ke Cik dah tak ada.?
Ayah : Tau dari mana nie.? Siapa yang bagi tau.? Ayah dan Umie dalam perjalanan nak pergi rumah Ayah Chik nie. Tak ada apa-apa lah.
Along : Ayah nak rahsiakan dari Along eks, tak nak bagi Along sedih kan.? ( Hanya hati yang mampu berkata-kata ).
Ayah : Tak apa, nanti lau ada apa-apa, ayah bagi tau ok.
Along : Urm, ok. Lau ada apa-apa, ayah inform tau.

Aku keliru. Aku tak sabar sangat. Aku betul-betul nak kepastian. Then, call Ayah Chik. Ya, Cik dah tak ada. Pukul 7.55 p.m tadi. Kepastian sudah terserlah. Ya Allah, dia dah pergi. Pergi buat selama-lamanya. Pergi jauh dariku tanpa sempat untuk aku menatap wajahnya buat kali terakhir. Ya Allah, sesungguhnya aku amat merindui dia. Terpatri namamu dalam hatiku, aku takkan melupakanmu buat selamanya. Kenangan hanya tinggal kenangan sahaja, yang tak mungkin aku akan melupakannya. Pantas sungguh masa berlalu, meninggalkan aku tanpa sempat untuk aku bertemu denganmu. Hanya potret lama yang masih aku simpan, untuk aku bingkaikan sebagai kenangan. Hingga terkadang aku akan menangis sendirian.

Walaupun Cik dah pergi jauh dari Along, Along akan selalu merindui Cik. Along ingat lagi, time budak-budak dulu, lau Along pergi rumah Cik. Lepas mandi, Cik mesti sapu minyak kat rambut Along then sikat rambut Along kan.? Lau ada Fardhu Ain kat sekolah, time rehat Cik mesti hulur makanan kat Along melalui pagar kan.? Ya Allah, sesungguhnya aku amat merindui dia. Ya Allah, kau tempatkan lah dia dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin.







Friday, 6 April 2012

Go Go Go.!


Terus bangkit  untuk terus Berjaya.! Saya masih ingat lagi cikgu sekolah saya pernah kata, “kejayaan bukan warisan, kegagalan bukan tradisi”. Jika kita berjaya tak bermakna kita akan terus berjaya dan jika kite gagal sekali tak bermakna kita akan gagal wat selamanya kan.? Macam tupai, sepandai-pandai dia melompat akhirnya jatuh ke tanah jua kan.? ( Ehs, cam tak sesuai ler pulak peribahasa nie ngan situasi sekarang kan.? 


Cam nie ler, hidup kita nie cam roda yang tengah berputar. Kadang-kadang kita berada di atas & kadang-kadang kita berada di bawah. Agak-agak, orang yang Berjaya tu tak pernah gagal ke dalam hidup mereka.? Dan orang yang gagal tu tak pernah Berjaya ke.? Tak semestinya kan. So, jika kamu gagal, jangan putus asa ( pelangi pasti hadir selepas ujan turun kn.? ). Apa pun yang berlaku dalam hidup nie, hadapi ler dengan tabah yea. Apa pun yang kamu inginkan, pasti kamu akan memperolehinya jika disertakan dengan usaha dan doa. “Percayalah” bak tajuk lagu Ning Baizura. Amin, U can do it. 



Jom hayati ler lirik lagu nie “Gemuruh” by Faizal Tahir. J

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan

Menyerlah jauh dari yang biasa
Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pasti kan terbukti nanti

à You've got to fight for every dream.
à So, bukti kan ler. Kejar ler matlamat hidup anda. Sekali lagi nak pesan, Jangan berputus asa tau jika anda gagal yea tapi teruskan usaha anda untuk Berjaya di masa hadapan. Yang buruk datang dari saya, dan apa yang baik datang dari ALLAh s.w.t. J                      
#Farhana means kegembiraanku. Gembirakan hati mereka dengan kejayaanku.! Insya-ALLAH. Amin. J











Thursday, 5 April 2012

Lagu Kita.!


Saya dedikasikan lagu ni untuk anda semua.

  1. Tadika : Masa ni kita sama-sama belajar untuk mengenal ABC dan mengira kan.
  2. Sekolah rendah : Masa nie pulak kita dah pandai membaca dan mengira kan. Terima Kasih untuk cikgu-cikgu sekalian. 
  3. Sekolah menengah : Kat sini, kita saling berlumba-lumba antara satu sama lain. Belajar untuk mengejar cita-cita bukan cinta yer. Masa ni kita masih keliru tentang masa depan kita. Tertanya-tanya nak jadi apa kan.? Dapatkah aku menjejakkan kaki ke universiti.? Dapatkah aku untuk menggapai bintang di langit.?
  4. Universiti : Bila masuk sini, niat kita hanya satu. Nak berjaya sama-sama.Nak “graduate” sama-sama. Kalau boleh setiap semester nak dapat anugerah ‘Dekan’. Tapi kita hanya merancang kan, Allah s.w.t yang menentukan segalanya.
  5. Sekarang : Tibalah waktu sekarang. Sekarang saya dan rakan-rakan lain berada kat sini. Menimba ilmu di negeri orang. Beribu kilometer jauh dari negeri sendiri. Walaupun bidang ni bukan bidang yang saya minati tapi bidang ni pernah jadi sebahagian daripada cita-cita saya masa sekolah rendah dulu ( Time budak-budak dulu ). Puan pernah kata, “ Kamu kena bersyukur kerana kamu antara orang yang sangat bertuah sebab dapat belajar kat sini”. Belajar untuk ikhlaskan diri anda, saya juga sedang cuba.


Sebiru Hari ini By EdCoustic

Sebiru hari ini, birunya bagai langit terang benderang.
Sebiru hati kita, bersama di sini.
Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman syurga.
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah.
Bukankah hati kita telah lama menyatu.
Dalam tali kisah persahabatan ilahi.
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya.
Hapus air mata meski kita kan terpisah.
Selamat jalan teman.
Tetaplah berjuang.
Semoga kita bertemu kembali.
Kenang masa indah kita.
Sebiru hari ini.
Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman syurga.
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah.


Kadang-kadang “DIA” tak bagi apa yang kita inginkan sebab “DIA” tahu apa yang terbaik untuk kita. “Dia” tidak akan uji kita jika kita tak mampu nak menghadapinya kan.? Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya kan.? Kawan-kawan, walau dimana pun kamu berada, berusahalah untuk menggapai bintang kamu itu. Jangan putus harapan jika kamu gagal sebab kegagalan itu akan membangkitkan semangat kamu untuk terus berusaha dan berjaya. Gagal sekali tak bermakna kamu akan gagal buat selamanya. Jom kita sama-sama menggapai bintang di langit.! 



P/s : Mulakan hari-hari anda dengan senyuman walaupun hari-hari tu tak seperti yang kita impikan. *Maafkan saya jika saya ada buat awak terasa hati. Saya tahu saya bukan insan yang sempurna dan tak mampu jadi kawan yang terbaik untuk awk. Thanks a lot sebab sudi jadi kawan saya. Persahabatan sampai ke syurga. Amin. 





Saturday, 24 March 2012

Bukit Kluang.!


Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum. Nak kongsi pengalaman yang “agak” menarik kot, tapi tak tau la lau anda tak tertarik pulak. Jadi, saya tak boleh nak kata apa-apa la. Kenangan tahun lepas, “Jom makan angin kat Bukit Kluang, Jerteh, Terengganu’. 


First makan angin kat sini masa waktu sekolah lagi, iaitu masa Form 2 tahun 2oo6 ( Mengikuti Perkhemahan Tahunan Peringkat Sekolah~ ). Tempat menarik, pemandangan cantik, pasir memutih, laut membiru, dan pohon menghijau. Best kan. Pengalaman paling best masa “ Jungle trekking"~ ). Nak tahu kenapa.? Sebab bila berada  kat atas puncak tu, kita boleh tengok keseluruhan pemandangan kat sini. Masya Allah, cantik sangat. Jom tengok gambar kat bawah. 


Suka sangat pemandangan kat sini.!



Boleh naik " jejantas " nie untuk menikmati pemandangan di sekitar nyer.!

Langit yang terbentang luas.!

Agak-agak siapakah orang tu.? Huhuhu


Nun jauh di atas bukit sana.!



Gambar diambil pada Hari Raya last year. Sumber gambar dari Kak Liza dan Hafiz. Thanks a lot yea.









Thursday, 22 March 2012

Cont : Dahulu Vs Sekarang.!

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum. Detik ini nak sambung cerita tentang "Dahulu" Vs "Sekarang". Tak sempat lar nak berceloteh lama-lama kat sini cam hari-hari biasa. Masa sangat mencemburui kita sekarang nie. Banyak benda lagi yang tergendala ( tak buat-buat sampai sekarang ). "Sekarang", tengok jer gambar nie. Kenangan di Tahun 1 Semester 1. 


Kenal kah anda akan tempat nie.? Di pintu masuk, silakan.



Group Koir Tahun 1 Semester 1. Merdu sungguh nyanyian dari group nie, terpaku para pengajar mendengarnya. 


Jogging bersama YAB Ketua Menteri Melaka di Dataran Pahlawan, Melaka.


Sedang menunggu bas untuk keluar outing  setiap kali tiba nya hujung minggu. Kadang-kadang rasa cam nak pergi kenduri kahwin plak.


Dah tahu kan saya berada kat mana sekarang.? Ok, nie jer yang dapat share buat masa nie. Jangan lupa singgah lagi tau. Thanks for the reading. 


Tuesday, 20 March 2012

Dahulu Vs Sekarang.!


Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum buat teman-teman dan pembaca-pembaca sekalian. Hari nie terdetik pulak hati saya nak kongsi cerita tentang tempat yang pernah saya belajar “dulu” dan tempat yang saya tengah/sedang belajar “sekarang”. Anda nak tahu tak tentang tempat-tempat nie.? Ok, lau nak tau, jom kita layan. J

Agak-agak kenal tak Uitm mana nie.?




Haa, tentu anda dah tengok gambar kat atas tu kan. Nie lar tempat pertama yang saya jejaki setelah mendapat keputusan SPM tahun 2009. Dengan result SPM yang tak seberapa “flying colours” tu, syukur Alhamdulillah, dapat jugak saya menjejakkan kaki di IPTA nie dalam bidang “Bussiness Study”. Apa yang bestnya tentang tempat nie.? First, sebab senang nak balik rumah setiap kali ada cuti. Contohnya, tiap-tiap hujung minggu, ayah mesti datang ambil saya kat sini. ( tu tak bermakna saya nie anak yang manja yea.! ). Etiologi yang menyebabkan ayah saya selalu datang ambil saya, nak tahu kenapa.? Ini kerana kedudukan rumah saya dan tempat nie dekat jer. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit jer. Dah tau kenapa kan.? Hah, bagus lar. J

Cam mana jadual belajar kat sini eks.? Kelas ok jer, jadual pun kira ok lar. Yang bestnya jadual kat sini tak padat. Dalam 1 hari, paling banyak belajar pun dalam 3-4 subjek jer. Kira lar berapa jam, sebab 1 subjek bersamaan 2 jam. Masa selebihnya dapat lar relaks or pergi jalan-jalan cari makan. Kadang-kadang, dalam 1 hari 2 tak da kelas langsung. Hah, yang nie lagi best. J



Saya rindu awak lar, wahai ikan-ikan sekalian.!


Tempat pun cantik tau, nun di atas bukit sana. Angin yang bertiup sungguh nyaman sekali, sepoi-sepoi bahasa gitu, sehingga menggigit ke sendi-sendi. Eh, yeke.? Tak da lar, saya gurau jer. Bagi sesiapa yang minat jogging tu, anda boleh la berjoging. Bagi yang tak larat nak naik turun bukit macam saya pulak, lebih baik berjalan kaki or berbasikal jer. Bukan apa,  nanti boleh lar kita menikmati kejadian alam yang semulajadi nie kan. Eh, bercerita macam bercuti kat tempat peranginan pulak. Lau nak kongsi cerita kat sini, saya rasa tak tau bila lar habis. Penat lar anda layan saya. Jadi, untuk pendekkan pembacaan anda, jom kita tinjau-tinjau gambar yang ada. J

Time turun, laju semacam jer. Tapi bila nak panjat naik, rasa cam kura-kura pulak.





Kolej ku sayang. Di sini lar tempat untukku berteduh dari panas dan hujan. Huhuhu

Kami transparent.!



Si gadis pemalu.! Rindu kamu. <3







Awek-awek comel.! 






Dah panjang sangat saya membebel nie, nak cerita tentang tempat belajar “sekarang” pun dah tak larat. Jadi, sesiapa yang nak tahu tentang kisah yang selanjutnya, jangan lupa nantikan sambungannya yea. Thanks a lot sebab sudi baca blog nie. Tolong tinggalkan jejak anda yer. Hurm, maknanya tolong tinggalkan komen anda selepas selesai membacanya. Walaupun komen tu “ciput” jer, tu pun dah kira ok. Saya amat menghargainya. Jumpa lagi tau. Peace No War. J

P/s : Maf jika terdapat banyak kesalahan bahasa. Al-maklum lar,dah lama tinggal zaman sekolah. Cikgu R.A, maf yer. Banyak yang saya lupa tentang apa yang saya telah belajar dulu. Huhuhu J






Monday, 19 March 2012

KebesaranNYA.!


Bismilahirrahmanirrahim, assalamualaikum buat teman-teman dan pembaca-pembaca sekalian. Alhamdulillah, panjang lagi umur saya, dapat lagi la nak meneruskan aktiviti “berblogger” nie. Hari nie nak kongsi cerita mengenai apa pulak yer.? Hurm, layan jer la apa yang tertulis kat sini. Harap-harap apa yang saya tulis dalam blog nie dapat menarik minat anda untuk terus membaca blog saya pada masa akan datang yea. Jom layan.!


Indah sungguh kebesaranNYA kan.? Ombak yang menghempas pantai tanpa ada rasa penat dan lelah. Sentiasa bersama walaupun pantai dah semakin menghakis. Rapat sangat kan walaupun terik matahari dan ribut melanda. Cam perumpamaan yang kita pernah belajar masa kat sekolah dulu, “bagai isi dengan kuku”, “bagai aur dengan tebing” dan sebagainya. Tapi kenapa tak da perumpamaan macam “bagai ombak dengan pantai”.? 


Cuba tengok gambar kat atas tu sekali lagi. Dah tengok.? Terima kasih. Cantik tak.? Cantik kan. Walaupun anda kata gambar tu tak cantik, tapi bagi saya gambar tu sangat cantik. Kenapa.? Bukan cantik sebab “photographer” yang ambil, tapi sebab kejadian alam yang sememangnya cantik. Bersyukur sebab masih berpeluang untuk melihatnya. Lokasi di Pangsapuri Peringgit Indah.


Lompat si katak lompat, lompat la tinggi-tinggi. Cepat la kita cepat, cepat la kita pergi mengaji (belajar). Melompat untuk menggapai bintang (kejayaan). Bersama teman persejuangan di Pantai Pengkalan Balak. Ok, setakat nie jer la. Semoga bertemu kembali.!